ISU PERKAHWINAN

PINJAMAN PERIBADI UTK KENDURI PERKAHWINAN?

Mari kita kongsi bersama masalah di bawah ini sebagai iktibar…

SAYA gadis berusia 24 tahun dan bertunang hampir setahun lalu. Tunang saya berusia 26 tahun. Kami ingin mendirikan rumah tangga secepat mungkin bagi mengelak perkara mungkar.

Namun masalah kewangan membelenggu kami. Status kewangan masing-masing tidak stabil, menyebabkan kami tidak yakin akan berkahwin dalam tempoh terdekat.
Setiap kali merancang menyimpan bagi tujuan itu, pasti ada masalah timbul. Antaranya duit yang diperuntukkan untuk belanja kahwin terpaksa dibelanjakan bagi tujuan lain. Malah lebih membebankan kami ialah keluarga kami merancang melangsungkan majlis pernikahan kami tahun depan. Sesungguhnya ini memberi tekanan lagi kepada kami kerana tempoh setahun adalah terlalu singkat.

Lebih tertekan, saya dan tunang terpaksa berdepan konflik keluarga tunang. Keluarganya kini bergolak gara-gara ayahnya mahu berkahwin lagi. Saya simpati dengan tunang yang kelihatan tertekan dan dia masih mencari pekerjaan yang lebih menjamin masa depan.
Manakala keluarga saya pula tidak memahami kedudukan kewangan saya. Adik beradik mengatakan saya terlalu bergantung kepada ibu (ibu tunggal). Ibu pula mengharap saya balik kampung setiap minggu, sedangkan perbelanjaan berulang alik memakan belanja besar.
Saya pun tidak mahu menyusahkan ibu, kadangkala kami terfikir adakah rezeki yang kami dapat ini tidak diberkati Allah SWT.

Saya bukan terdesak untuk berkahwin tetapi yang menjadi kebimbangan ialah saya khuatir gagal mengawal nafsu duniawi.
Jalan penyelesaian adalah mengambil pinjaman peribadi. Perlukah saya mengambil pinjaman peribadi untuk majlis perkahwinan?

AZWA
Mersing, Johor

Terus terang, Dang Setia kurang setuju jika adik mengambil pinjaman peribadi bagi mendirikan perkahwinan. Pada mulanya mungkin adik berasa masalah akan selesai tetapi Dang Setia bimbangkan kesannya kelak.

Keutamaan perkahwinan adalah pada rukunnya dalam mengesahkan ikatan halal antara perempuan dan lelaki. Majlis kenduri serta belanja kahwin hanya sunat dan tuntutan adat.
Ikatan perkahwinan perlu suci daripada segala anasir yang boleh dikatakan ‘tidak baik’ kerana ia boleh memberi kesan kepada ikatan itu sama ada bahagia atau cacamerba. Bagi Dang Setia, hutang itu bukan ‘perkara baik’ kerana ia boleh memberi kesan dan bebanan kepada adik dan tunang.
Kebimbangan Dang Setia berasas kerana Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadut turut meluahkan kebimbangan sama dengan mengatakan ‘trend kahwin hutang’ dikhuatiri menyebabkan sesebuah perkahwinan menjadi tidak berkat yang akhirnya membawa kepada perceraian.
Dalam melangsungkan perkahwinan, lebih memadai belanja mengikut kemampuan dan jangan melampaui batasan. Sebagai contoh, adik boleh renung pada kisah Abi Usaid juga didapati bahawa walimah (kenduri kahwin) yang dilakukan beliau di mana Rasulullah menghadirinya, Abu Usaid menghidangkan kurma yang disimpan pada malam harinya.
Ia bermakna, majlis kenduri kahwin hanya sebagai tanda hebahan kepada masyarakat satu ikatan pernikahan sudah berlangsung dalam keluarga dan biarlah ia dalam kesederhanaan dan bukan menjadi bebanan.
Adik tidak perlu bimbang jika sedia melangsungkan perkahwinan tanpa memerlukan belanja besar.
Paling penting, adik perlu memikirkan kehidupan selepas berkahwin berbanding majlis perkahwinan. Dengan berfikir demikian, adik sekurang-kurangnya tidak tertekan dan boleh merancang dengan baik

Fasa2 dan Jangka Hayat Sebuah Perkahwinan

Kajian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 2008 mendapati perkahwinan dalam tempoh 10 tahun pertama terdedah kepada keruntuhan rumah tangga sekiranya tiada kesabaran. Dalam tempoh berkenaan, perkahwinan menghadapi cabaran hebat seperti berlaku konflik dalam rumah tangga sehingga mencetuskan perceraian. Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jakim, Othman Mustapha, kajian Jakim menunjukkan 44.9 peratus perceraian berpunca daripada pasangan gagal menjalankan tanggungjawab masing-masing selain masalah akhlak, kewangan, masalah seksual dan campur tangan orang ketiga.

Selain itu, Jakim juga merekodkan bahawa statistik perceraian di seluruh Malaysia semakin meningkat dari setahun ke setahun. Pada 2007, kes perceraian direkodkan 20,529, pada 2008 (22,289 kes) dan 2009 (27,116 kes). Jakim juga ada membuat kajian bahawa 32.2 peratus perkahwinan untuk tempoh lima tahun pertama mengalami perceraian manakala 27.7 peratus perceraian berlaku untuk tempoh enam hingga 10 tahun pertama perkahwinan.

Dipetik dari Harian Metro

Astana Mukmin berharap semua pasangan dapat mencegah konflik keluarga dari menjadi lebih parah. Pastikan pasangan mendapat layanan yang baik dan saling hormat menghormati. Jagalah aurat isteri kita dari terdedah dari pandangan orang di luar yang boleh mengundang masalah yang tak diingini.

———————————————————————————–

CINTA itu adalah anugerah daripada Allah kepada semua makhluk ciptaannya. Allah menciptakan segala sesuatu itu secara berpasangan-pasangan (lihat Surah Ar-rum ayat 21) iaitu lelaki dengan perempuan dengan tujuan agar mereka saling mengisi kekurangan dan kelebihan di antara mereka yang pada akhirnya akan tumbuh cinta dalam hati mereka.

Cinta dapat membawa keberkatan jika kita boleh mengarahkannya ke jalan yang diredai oleh Allah s.w.t, tetapi cinta juga boleh membawa kepada petaka, malah menjerumuskan kita ke lembah kemaksiatan dan jauh daripada norma Islam.

Bercinta janganlah mengiku nafsu semata, tetapi ia perlu berasas kepada agama dan batas Islam. Cinta nafsu adalah cinta yang tidak mengikuti aturan Islam. Ia bebas berbuat apa saja.

Ada beberapa kerosakan akibat cinta nafsu ini. Pertama, lupa mengingati Allah kerana mereka lebih sibuk mengingati makhluk-Nya yakni orang yang dicintainya.

Contohnya jika dia lebih kuat mengingati Allah, insya-Allah mengingati makhluk pasti terkendali. Tapi jika lebih kuat mengingat makhluk-Nya maka mengingati Allah akan dikalahkan.

Kedua, melupakan agama. Tiada orang yang paling mensia-siakan agama dan dunia melebihi orang yang sedang dirundung cinta nafsu.

Ia mensia-siakan maslahat agamanya kerana hatinya lalai untuk beribadah kepada Allah s.w.t.

Ketiga, mengundang bahaya. Bahaya dunia dan akhirat lebih cepat menimpa kepada orang yang dirundung cinta nafsu melebihi kecepatan api membakar kayu kering.

Ketika hati berdekatan dengan orang yang dicintainya secara buta itu, ia akan menjauh dari Allah s.w.t. Jika hati jauh daripada Allah, semua jenis bahaya mengancam dari segenap sudut kerana syaitan sudah menguasai dirinya.

Jika syaitan sudah menguasai diri, mereka berada dalam keadaan bahaya.

Cukuplah dengan fakta masalah perzinaan dan penularan penyakit seksual berlaku dalam dunia hari ini. Begitu juga dengan gejala buang bayi yang tidak berdosa amat menggerunkan.

Keempat, syaitan akan menguasai. Jika kekuatan syaitan menguasai seseorang, ia akan merosakkan akalnya dan memberikan rasa was-was.

Akal kadang-kadang sudah tidak terkendali ibarat seperti meletakkannya di kepala lutut. Padahal yang paling berharga bagi manusia adalah akalnya yang membezakannya manusia dan haiwan.

Jadi jangan hairan jika ramai yang terjerumus melakukan maksiat kerana fikiran mereka menjadi singkat. Apa yang sentiasa mereka fikirkan adalah hawa nafsunya iaitu mahu sedap dan seronok saja.

Kelima, kurang kepekaan. Cinta nafsu akan merosak indera atau mengurangi kepekaannya. Apabila diri penuh dengan dosa maka hati akan rosak. Jika hati sudah rosak maka organ lain, seperti mata, lisan, telinga juga turut rosak.

Ertinya, ia akan melihat yang buruk pada diri orang yang dicintainya secara nafsu itu sebagai sebuah kebaikan atau sebaliknya.

Imam Ahmad menyebut: “Cintamu kepada sesuatu membutakanmu dan membuatmu tuli.”

Ibnu Abbas pernah mendengar berita ada seorang lelaki yang sangat kurus sehingga yang tinggal hanya kulit dan tulang.

Ibnu Abbas berkata, “Kenapa ia? “Ia terkena jatuh cinta, isyq (cinta buta),” jawab seseorang.

Kemudian Ibnu Abbas berdoa dan berlindung kepada Allah s.w.t sepanjang hari daripada penyakit isyq. Kita perlu berfikir secara lebih dewasa dalam apa jua tindakan akan kita akan lakukan. Jangan main-main dalam menangani masalah serius itu.

Jangan sampai terbius oleh gemerlap kehidupan yang menawarkan kenikmatan sementara. Jika kita belum mampu untuk berkahwin maka janganlah berkahwin lagi kerana perkahwinan bukan urusan main-main.

Kita mesti rela untuk membuang fikiran murahan mengenai pertunangan adalah segala-galanya. Sebab, bercinta adalah salah satu bahagian ekspresi cinta nafsu.

Wahai remaja, mulai sekarang tumbuhkan dahulu kecintaan kita kepada ilmu agama sehingga kita memahaminya serta mengamalkannya dalam kehidupan kita seharian. Semoga pula kita tidak tergoda dengan cinta nafsu semata.

Dipetek dari Harian Metro.

Cubaan Beli isteri

KAMPAR: Kemaruk mengidamkan isteri orang menyebabkan seorang ‘samseng miang’ tanpa segan silu berjumpa suami wanita berkenaan dan menawarkan wang ribuan ringgit bagi membeli isterinya.

Kejadian dilaporkan berlaku awal bulan ini dan lelaki terbabit yang berusia 23 tahun dengan selamba pergi ke rumah pasangan suami isteri di sini berjumpa suami wanita terbabit bagi bertanyakan harga yang mungkin dipersetujui.

Bagaimanapun, tindakan suspek yang sudah berumah tangga itu menyebabkan si suami naik angin lalu menghalau suspek tanpa mengetahui latar belakangnya yang memiliki pelbagai rekod jenayah.

Agak mengejutkan apabila penjenayah miang itu tidak memberikan sebarang reaksi, sebaliknya berlalu meninggalkan pasangan suami isteri berkenaan dalam keadaan terpinga-pinga.

dipetik dari Harian Metro

Komen blogger: Kalau lah terjadi kat kita pasangan yang bahagia dalam perkahwinan takke mendatangkan fitnah. Kalau salah orang memang berterabur gigi mamat kureng ajar tu.

Rujukan Benjy Sah

KUALA LUMPUR: Lafaz “I’m rujuking”, oleh dramatis Benjy terhadap isterinya, mengesahkan pasangan itu masih suami isteri selepas dia menceraikan isterinya itu dengan talak satu pada hari yang sama, tiga tahun lalu.

Hakim Syarie Khairul Azwadi Mohamed Noor membuat keputusan itu selepas bertemu kedua-dua pihak di dalam kamarnya di Mahkamah Rendah Syariah, semalam.
Peguam syarie Hazirah Othman yang mewakili Safiya atau nama penuhnya Safiya Stephance Kar-Leng Lee, 28, ketika ditemui media memberitahu, mahkamah terdahulu mengesahkan lafaz cerai talak rajie Benjy atau nama penuhnya Khaeryll Benjamin Ibrahim.

Cerai yang berbunyi “Aku ceraikan kau satu talak,” dilafazkan pada jam 9 pagi, 7 Julai 2008 terhadap isterinya Safiya di rumah mereka di Menara Duta Mas disaksikan seorang saksi.“Bagaimanapun, mahkamah turut mengesahkan lafaz rujuk “I’m rujuking” yang dilafazkan Benjy terhadap isterinya itu pada jam 10 malam pada hari sama.Katanya, lafaz rujuk yang dilafazkan Benjy itu sah kerana Safiya masih dalam tempoh edah serta pihak terbabit turut bersetuju dengan fakta walaupun terdapat beberapa pindaan dan mahkamah memutuskan mereka masih sah suami isteri.

Dipetik dari Harian Metro.

Komen penulis tentang kisah Benjy dan Kes Rujuk

Di bawah adalah kes Benjy yang telah menceraikan isterinya dan merujuk pada hari yang sama. Ingin diketengahkan disini bahawa selagi wanita itu dalam edah, jika kita rujuk kembali dengan isteri kita, maka tidak perlu nikah kembali dan mereka kembali sebagai suami isteri. Iddah terbahagi kepada 3 bahagian,

a) Iddah diceraikan oleh suami yang masih hidup iaitu 3 kali suci.

b) Bagi wanita hamil, idahnya sehingga lahir anak dikandungnya itu, baik cerai mati atau cerai hidup.

c) Bagi yang bercerai mati, idahnya empat bulan sepuluh hari.

Selagi seseorang itu masih dalam waktu Iddah, maka merujuk (Salah satunya dengan berkata saya rujuk awak kembali)

Untuk rujukan lanjut tentang Iddah sila lawati laman web Halaqah:

http://halaqah.net/v10/index.php?topic=6725.0

KUALA LUMPUR: Lafaz “I’m rujuking”, oleh dramatis Benjy terhadap isterinya, mengesahkan pasangan itu masih suami isteri selepas dia menceraikan isterinya itu dengan talak satu pada hari yang sama, tiga tahun lalu.

Hakim Syarie Khairul Azwadi Mohamed Noor membuat keputusan itu selepas bertemu kedua-dua pihak di dalam kamarnya di Mahkamah Rendah Syariah, semalam.
Peguam syarie Hazirah Othman yang mewakili Safiya atau nama penuhnya Safiya Stephance Kar-Leng Lee, 28, ketika ditemui media memberitahu, mahkamah terdahulu mengesahkan lafaz cerai talak rajie Benjy atau nama penuhnya Khaeryll Benjamin Ibrahim.

Dipetik dari Harian Metro.

“Cerai yang berbunyi “Aku ceraikan kau satu talak,” dilafazkan pada jam 9 pagi, 7 Julai 2008 terhadap isterinya Safiya di rumah mereka di Menara Duta Mas disaksikan seorang saksi.
“Bagaimanapun, mahkamah turut mengesahkan lafaz rujuk “I’m rujuking” yang dilafazkan Benjy terhadap isterinya itu pada jam 10 malam pada hari sama.
Katanya, lafaz rujuk yang dilafazkan Benjy itu sah kerana Safiya masih dalam tempoh edah serta pihak terbabit turut bersetuju dengan fakta walaupun terdapat beberapa pindaan dan mahkamah memutuskan mereka masih sah suami isteri.

Isteri curang belasah suami

Oleh Na’imah Mohamed
na’imah@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KAJANG: Seorang suami menerima nasib malang apabila isteri yang dikahwininya bukan saja berlaku curang malah sanggup bertindak membelasahnya menggunakan kayu kaki meja di kediaman mereka di Taman Kajang Ria, di sini, tengah hari semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, suami malang terbabit cuba bertanyakan perbuatan terkutuk isterinya yang dikesan membawa pulang seorang lelaki ketika ketiadaannya.

Pertanyaan itu menyebabkan wanita berusia lewat 20-an itu tiba-tiba melenting dan mencapai kaki meja yang sudah patah dan membelasah suaminya bertubi-tubi.

Menurut sumber, kejadian bermula apabila lelaki berusia 31 tahun itu mempersoalkan tindakan isterinya membawa pulang seorang lelaki setiap kali ketiadaannya.

“Menyedari rahsia dirinya terbongkar, isteri mangsa cuba berdolak-dalik hingga berlaku pertengkaran antara mereka sebelum wanita itu naik berang dan mencapai kaki meja di sudut rumahnya dan memukul mangsa tanpa belas kasihan,” katanya.Dipetik dari Harian Metro.

Komenblogger:Dunia sudah terbalik. Isterin belasah suami yg sepatutnya dihormati dalam perkahwinan. Satu lagi orang salah pukul orang yg tak bersalah. Stail menyelamatkan diri.

Perkahwinan Usia Muda

  1. PENDAPAT ULAMA MENGENAI PERKAHWINAN KETIKA BELAJAR
    • Sabda Rasullah s.a.w:
    • Maksudnya :D iceritakan kepada kami oleh ’Umar bin Hafs diceritakan oleh ayahku diceritakan oleh al-A’masy berkata : Diceritakan kepadaku oleh Ibrahim daripada ’Alqamah berkata :Rasulullah S.A.W. bersabda; ”Wahai para pemuda, barangsiapa di anatara kalian telah mampu, maka hendaklah dia bernikah. Kerana sesungguhnya pernikahan lebih menjaga pandangan dan lebih memelihara kemaluan. Barangsiapa belum mampu maka hendaklahdia berpuasa. Kerana sesungguhnya puasa adalah ubat baginya.
            • (Sahih al-Bukhari 1979 : 3 jil. VII)
    • Seorang Ulama iaitu Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz di dalam karya Muhyiddin Abd Hamid ( 2004 :108 ) mempunyai pendapat mengenai menangguhkan perkahwinan anak-anak perempuan:
    • ” Telah sampai kepada saya berita tentang banyaknya orang yang menunda pernikahan orang-orang yang menjadi tanggungan mereka, seperti anak gadis, saudara dan lain-lain. Penundaan ini dilakukan dengan alasan yang tidak dibenarkan oleh syariat, seperti membantu mengurus keluarga, atau mencari calon suami yang mempunyai lebih banyak harta, atau gadis itu rela menerima orang yang sesuai untuknya , seperti anak bapa saudaranya atau yang lain.”
    • Menurut Prof. Dr. Hamka (1983 : 87 ), Imam al-Syafi’e. Mempunyai beberapa orang anak laki-laki. Pada suatu hari ketika beliau bangun tahajjud tengah malam dilihatnya anak laki-laki yang masih tidur dekat beliau menemani beliau di tempat ibadatnya. Berdiri zakar anak itu dan tegang sekali. Beliau tutupkan selimut anaknya dan beliau terus sembahyang. Tetapi pada siang harinya beliau segera menghubungi teman atau murid beliau yang mempunyai anak gadis lalu beliau pinang dan pada hari itu juga anaknya beliau kahwinkan. Sebab beliau memandang bahawa itupun adalah tanggungjawab beliau. Kalau anak laki-laki belum mampu sedang si ayah mampu apa salahnya jika ayahnya membantu rumahtangga anaknya lebih dahulu.
    • Prof. Dr. Hamka (1983 : 89) menulis bahawa almarhum ayahandanya Syeikh Abdul Karim Amrullah segera mengahwinkan anak-anaknya sendiri dan anak-anak saudaranya yang mana sudah patut kahwin. Mana yang belum kuat rumahtangganya beliau bantu. Dan beliau bangga sebab beliau telah melaksanakan tugas agama yang paling penting.
    • Shaikh Muhammad bin Shalih bin Utsaimin di dalam buku Muhyiddin Abd Hamid (2004:111) ketika memberi pendapat tentang orang yang menolak menikah dengan alasan masih belajar mengatakan bahawa sikap demikian sangat bertentangan dengan perintah Nabi s.a.w. Hal ini merujuk kepada hadith nabi riwayat al-Tirmidzi berkaitan jika datang kepadamu seseorang lelaki yang kamu redhai agamanya sepertimana yang telah dicatatkan sebelum ini. Dengan menghindari perkahwinan, dengan sendirinya seseorang telah menghilangkan maslahat yang dibawa pernikahan. Saya menasihati para wali wanita, dan wanita itu sendiri, janganlah menolak untuk menikah dengan alasan belajar atau mengajar. Seorang wanita yang hendak menikah boleh menentukan syarat-syarat agar dirinya diizinkan tetap menyambung pengajiannya sampai selesai, atau tetap menjadi guru selama satu atau dua tahun, sepanjang dirinya belum disibukkan oleh urusan mengasuh anak. Syarat seperti ini boleh ditetapkan. (Muhyiddin Abd Hamid 2004 :112)
    • Shaikh Muhammad bin Shalih bin Utsaimin lagi, pernikahan lebih penting daripada belajar. Tambahan pula pernikahan tidak menghalangi belajar, kerana kedua-dua urusan ini boleh untuk disepadukan. (Shalih Ahmad al-Ghazali 1999 : 45) Manakala menurut Syaikh al-Balihi pula membawakan satu keadaan di mana jika seorang gadis mengatakan :
    • Aku tidak akan menikah sebelum pengajianku selesai.” Tekad remaja ini bukanlah satu masalah, jika pengajiannya akan sampai dalam waktu terdekat. Namun jika pengajiannnya akan selesai beberapa tahun kemudian, maka saya tidak bersetuju jika remaja tersebut menunda pernikahan dengan alasan untuk menyelesaikan pengajiannya, apalagi jika ia menghadapai kursus yang sukar dan tidak sesuai dengan seleranya. (Muhyiddin Abd Hamid 2004 :113)

Dipetik dari slideshare arizal.com

Pemenang Gerbang Cinta kahwin

AHMAD Abdul Hamid (tiga dari kanan) bersama penaja mengucap tahniah kepada Mohd. Ridhuan Roselee dan Nur Yasmin Mahazir di Taman Ehsan, Hutan Melintang, Bagan Datoh, Perak, semalam.

BAGAN DATOH 26 Feb. – Pemenang tempat keempat Gerbang Cinta Mega-Utusan Malaysia Musim Kedua melangsungkan majlis perkahwinan mereka di Taman Ehsan, Hutan Melintang, dekat sini hari ini.

Persandingan pasangan Mohd. Ridhuan Roselee, 23, dan Nur Yasmin Mahazir, 23, meriah dengan kehadiran kira-kira 1,500 jemputan.

Majlis yang diadakan di kediaman pengantin lelaki itu turut dihadiri Penolong Ketua Pengarang II Kumpulan Utusan, Ahmad Abdul Hamid dan Pengarang Keluarga Utusan Malaysia, Siti Zaleha Jorimai.

Menerusi kemenangan itu, pasangan tersebut memenangi wang tunai RM500, produk Avon, kursus kahwin dan pakej perkahwinan bernilai RM50,000 serta enam hadiah sagu hati baucer pakej perkahwinan.

Pasangan guru tersebut merupakan pemenang bertuah yang dipilih antara 10,000 peserta yang menyertai peraduan anjuran Utusan Malaysia melalui sisipan Mega bermula 9 Ogos tahun lalu.

Mohd. Ridhuan ketika ditemui berkata, meskipun persiapan perkahwinan dilakukan dalam tempoh dua minggu, namun ia tidak sedikit pun mengganggu kelancaran majlis.

Katanya, kerjasama daripada penaja menyebabkan persiapan perkahwinannya menjadi lebih mudah dan lancar.

“Terima kasih kepada Utusan Malaysia kerana menganjurkan peraduan seperti ini yang diadakan khas untuk pasangan yang bakal melangsungkan perkahwinan.

“Saya berharap peraduan seperti ini akan diteruskan kerana ia memberi banyak panduan yang berguna kepada bakal pengantin,” katanya.

Hadir sama memeriahkan majlis ialah pasangan pemenang tempat pertama, Mohd. Danial Hasan Basri, 24, dan Nurul Illiyana Nur Zaini, 24, yang turut menepung tawar pengantin.

Peraduan menawarkan penajaan pakej perkahwinan bernilai RM300,000, wang tunai dan hamper.

Pakej perkahwinan tersebut meliputi sajian makanan yang ditaja oleh Mastar Catering (bagi pemenang kedua hingga keempat) dan Kampung Pengantin (pemenang pertama); Precious Moment (pelamin dan hiasan dewan) dan Afidah Khamis Makeup and Stuff bagi solekan dan andaman.

Dios Astana Bridal pula menaja busana pengantin, D’Sayang Entertainment (sistem pembesar suara), Motion Peektures (fotografi), CJ Print (kad kahwin) dan Sri Sutera Travel (pakej bulan madu).

Avon Cosmetics pula merupakan penaja utama selain Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Syokkahwin.com dan Utusan Online.

Di petik dari Utusan Online

Fitnah perosak maruah, cetus perpecahan ummah
Oleh Wan Marzuki Wan Ramli

2011/04/04

Umat Islam mesti buang perasaan hasad dengki demi mengekalkan keharmonian masyarakat

FITNAH dan khabar angin sering digunakan untuk menyebarkan maklumat tidak benar. Ada segelintirnya menggunakan kemudahan canggih untuk melaga-lagakan sesama manusia sehingga sahabat menjadi musuh, suami isteri bercerai gara-gara e-mel, SMS, surat layang, internet, dan rakaman video.

Islam melarang keras perbuatan fitnah dan menyebar khabar angin dan golongan penyebar maklumat palsu itu dijanjikan Allah azab yang amat pedih. Firman Allah SWT bermaksud: “Sesungguhnya orang yang menghebahkan tuduhan buruk di kalangan orang beriman, mereka akan beroleh azab seksa tidak terperi sakitnya di dunia dan akhirat. Ingatlah Allah lebih mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahuinya”. (Surah an-Nur, ayat 19).

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Awasilah diri kamu daripada berburuk sangka kerana perbuatan itu satu pembohongan besar. Janganlah mencari berita buruk, berhasad dengki, bermasam muka dan marah, sebaliknya jadikanlah diri kamu bersaudara. (Riwayat Bukhari & Muslim).

Rasulullah mengingatkan kita agar sentiasa menjauhi diri daripada perbuatan keji yang dinyatakan dalam hadis itu. Sesungguhnya impak perbuatan keji itulah membawa kepada berlakunya budaya penyebaran surat layang dan fitnah dalam masyarakat.

Perbuatan bersangka buruk terhadap orang lain sebenarnya timbul daripada perasaan tidak puas hati dan dengki atas sebab tertentu. Perbuatan sebegini melambangkan betapa rendahnya moral pelaku yang sanggup menghancurkan maruah orang lain dengan menolak rasional akal yang dianugerahkan Allah kerana dikuasai nafsu marah dan dengki.
Kalau pun sesuatu tuduhan itu ada kebenarannya, orang yang mengambil kesempatan berbuat demikian perlu mempunyai bukti kukuh dan munasabah bagi membuktikan kebenaran, bukannya mencantumkan cerita yang dibawa dari mulut ke mulut untuk dijadikan modal menyebarkan tuduhan palsu kepada seseorang.

Islam juga melarang umatnya daripada suka mengorek rahsia orang lain. Peribahasa Melayu ada menyebut, jangan menjaga tepi kain orang. Tetapi dalam beberapa hal yang membabitkan berlakunya kebatilan dan perkara sumbang dalam masyarakat yang mengundang kemudaratan kepada ajaran agama, maka dibolehkan berbuat demikian dengan tujuan menegahnya agar tidak terus menular dalam hidup bermasyarakat.

Telinga adalah antara pancaindera anugerah Allah yang tiada bandingannya, justeru orang Islam hendaklah menjaga telinga mereka daripada mendengar khabar angin yang belum tentu kebenarannya, tetapi jika terpaksa mendengarnya atas faktor keadaan, maka dituntut agar tidak menyebarkan kepada apa yang didengar kepada orang lain. Ini bagi mengelakkan kita turut sama terbabit sebagai penabur fitnah yang bakal memporak-perandakan kehidupan bermasyarakat.

Satu sifat mazmumah yang paling kerap melanda diri manusia yang suka menyebarkan khabar angin dan fitnah ini ialah sifat hasad dengki dan iri hati. Hasad dengki dalam definisi yang lengkap membawa maksud mencari jalan atau ikhtiar untuk menghilangkan nikmat yang ada pada orang lain. Impaknya amat besar, bukan saja kepada orang yang didengki tetapi juga akan terpalit kepada seluruh anggota masyarakat umum.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Berhati-hatilah kamu terhadap hasad dengki kerana ia boleh merosakkan amal kebaikan kamu seperti api memakan sekam.” (Riwayat Muslim). Satu insiden yang akan timbul pada peringkat awal penyebaran khabar angin dan fitnah ialah perang dingin antara kedua-dua pihak yang terbabit, kemudian apabila telah parah maka akan lahir pula sikap benci membenci, tuduh menuduh, caci mencaci dan akhirnya akhirnya perbalahan besar yang ada kalanya boleh mencetuskan pembunuhan.

Sekiranya tidak ada individu yang sanggup menjadi perantara untuk melerai permusuhan yang lahir daripada sifat suka berburuk sangka, penyebaran khabar angin dan fitnah serta hasad dengki, maka sudah tentu membawa kepada berlakunya lebih besar insiden yang boleh meruntuhkan maruah dan peradaban manusia khususnya umat Islam.

Dalam hal ini kesabaran asas utama diperlukan bagi mengelakkan hal yang lebih besar melanda manusia. Kesimpulannya, untuk mengelakkan diri daripada terbabit dan tergelincir ke arah perlakuan keji seperti suka menabur fitnah, bersifat hasad dan mudah terpengaruh dengan khabar angin maka eloklah kita beramal dengan beberapa ciri sifat mahmudah seperti disarankan Imam al-Ghazali iaitu:

  • Al-qanaah (cukup dengan apa yang diberikan)
  • Al-zuhd (tidak mementingkan duniawi)
  • Kitmanus-sir (merahsiakan rahsia)
  • Al-hilm (lambat marah )
  • As-syajaah (berani )
  • Al-iffah (pemaaf).
  • Dipetik dari Berita Harian Online:
  • ————————————————————————————————————————————–

Majlis Fatwa Kebangsaan perlu kaji tarian poco-poco

Dosa racuni hati, perasaan

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

MENJADI nikmat paling berharga dalam kehidupan manusia apabila memiliki jiwa tenang. Jiwa tenang akan sentiasa berbahagia dalam mengharungi setiap cabaran, malah masih mampu tersenyum menghadapinya.

Jiwa tenang tidak mudah berputus asa, mengeluh dan berperasaan hasad dengki kerana semua sifat mazmumah itu boleh memusnahkan diri.

Semua cabaran kehidupan perlu dihadapi dengan sikap positif kerana perjuangan memupuk sifat terpuji akan melahirkan jiwa tenang. Dalam dunia moden ini, penyakit jiwa dikenali sebagai gangguan psikologi.

Ia memerlukan rawatan segera kerana kesannya amat buruk sekali kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara. Alangkah manisnya jika kita memiliki jiwa yang penuh dengan ketenangan dan ketenteraman.
Kegelisahan yang melanda diri seseorang menyebabkan mereka mengalami kebingungan. Ketika itu diri terasa tiada tempat lagi untuk mengadu.
Jiwa tak tenteram sebenarnya mempunyai sebab tersendiri. Antara sebab utamanya adalah melakukan dosa. Dosa adalah racun yang meracuni hati dan perasaan.

Maka kita mesti menjauhi segala kejahatan yang disebabkan daripada anggota badan. Tujuh anggota badan paling berpengaruh dalam melakukan dosa adalah mata, telinga, lidah, perut, kemaluan, tangan dan kaki sehingga ada ulama yang mengatakan, Allah menciptakan tujuh neraka itu sebagai tempat menyeksa anggota yang melakukan dosa.

Mata hendaklah digunakan bagi melihat perkara yang baik dan indah, bukan yang haram atau yang lucah. Telinga mendengar yang baik-baik, bukannya mendengar sesuatu yang mengandungi nilai maksiat dan haram seperti mendengar umpatan dan fitnah.

Perut mesti diisi dengan makanan yang halal. Sebab yang menjadikan diri tidak tenang juga berpunca daripada hati kotor. Bukan saja dengan dosa tapi juga akhlak tercela.

Rasulullah bersabda maksudnya: “Sesungguhnya malaikat tidak masuk rumah yang ada anjing.” Dimaksudkan dengan malaikat ialah ketenangan yang dibawa. Rumah pula ialah hati manakala anjing adalah menggambarkan sifat dan akhlak tercela.

Jika kita mempunyai akhlak tercela, hati bertindak sebagai rumah itu pasti menjadi kotor dan ketenangan tidak akan datang menjenguk.

Malaikat rahmat tidak akan berada di tempat tinggal mereka tetapi syaitan yang akan ‘menetap’.

Sifat tercela membuatkan seseorang sering menjadi risau. Hasad dengki pula membuatkan mereka tidak suka melihat orang senang, bersifat takbur, ego serta sombong.

Itulah tekanan pertama dialami syaitan ketika kejadian Adam a.s kerana bimbang Adam menandinginya. Begitu juga ujub dan riak kerana sifat demikian berpunca daripada perasaan mereka mahu dilihat sempurna sedangkan orang lain dipandang rendah.

Begitu juga sifat bakhil atau kedekut. Mereka tidak akan pernah tenang, hatinya akan terikat dengan harta, cinta harta tak salah tapi kedekut itu buat orang gundah.

Cintakan kemasyhuran dan popular langsung tiada perasaan rendah diri, hati akan gelisah. Sifat pemarah membuatkan orang menjadi pendendam. Hanya rasa takut kepada Allah saja boleh menghilangkan rasa marah itu.

Al-Quran memberi petunjuk kepada manusia bagaimana untuk merawat jiwa yang tidak tenteram. Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “Wahai umat manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu al-Quran yang menjadi penasihat (pengajaran) daripada Tuhan kamu dan menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin (jiwa) yang ada di dalam dada kamu serta menjadi petunjuk (hidayah) untuk keselamatan serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.” (Surah Yunus ayat 57).

Bahkan amalan membaca dan menghayati isi kandungan al-Quran mampu mententeramkan jiwa. Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud: “Tidak berkumpul sesuatu kaum di dalam sesebuah rumah dari rumah-rumah Allah, mereka membaca kepadanya Kitab Allah (al-Quran) dan membincangkannya bersama-sama, melainkan turun ke atas mereka ‘as-sakinah’ (ketenangan) dan diliputi mereka dengan rahmat dan dinaungi mereka oleh malaikat dan Allah menyebut amalan mereka itu di hadapan makhluk Allah yang ada di sisi-Nya.” (Riwayat Bukhari ) Di Petik dari Harian Metro Oleh Ustaz Zawawi.

———————————————————————————————————

Statistic Metro:Perkahwinan dalam tempoh 5 tahun pertama

- 32.2 % berakhir dengan penceraian

2. Perkahwinan dalam tempoh 6 hingga 10 tahun pertama

-27.7% berakhir dengan penceraian

Jadi, 59.9 peratus perkahwinan akan berakhir dengan penceraian!! Ini merupakan satu data yang pasti membimbangkan ramai pasangan yang baru atau akan mendirikan rumah tangga. Satu kenyataan yang perit sekali apabila mengetahui lebih dari separuh perkahwinan akan berakhir dengan kerosakan rumah tangga dan bercerai!

Namun begitu, statistik ini belum lagi ditambah dengan jumlah wanita dinegara kita yang masih belum berkahwin walaupun usia sudah menjangkau umur 30 tahun. Kenapa masalah ini berlaku?

Dipetik dari Harian Metro

———————————————————————————————

Isu semasa: Curang: Facebook, SMS, jahil agama punca penceraian

KUALA LUMPUR 26 Dis. – Entah di mana silapnya, perceraian kini telah menjadi trend atau lumrah dalam perkahwinan di negara ini khususnya di kalangan pasangan Islam.

Bayangkan pada 2009 sahaja, secara purata setiap hari terdapat 75 pasangan Islam bercerai manakala keseluruhannya, 27,116 pasangan bercerai pada tahun berkenaan.

Siasatan Unit Khas Utusan Malaysia baru-baru ini mengenal pasti beberapa punca perceraian dengan sebahagiannya bercerai pada usia awal perkahwinan termasuk kurang daripada setahun. Antaranya adalah:

  • Kecurangan salah seorang daripada pasangan atau kedua-duanya menerusi Internet atau alam siber. Menggunakan laman sosial seperti Facebook untuk mengembalikan semula hubungan dengan kekasih lama atau bermain kayu tiga dengan ‘kekasih gelap’.
  • Masalah rumah tangga diluahkan secara terbuka menerusi Internet atau laman-laman sosial menyebabkan ia menjadi lebih parah. Masing- masing mencari rakan-rakan dalam talian untuk memberi nasihat, bukannya kepada saluran yang betul.
  • Telefon bimbit juga punca perceraian. Ia berlaku apabila salah seorang mendapat tahu pasangannya berhubung dengan lelaki atau perempuan lain sama ada melalui panggilan atau khidmat pesanan ringkas (SMS).
  • Pasangan cuai dalam hubungan dengan Allah atau jahil tentang agama. Ada suami atau isteri yang malas untuk menunaikan solat lima waktu hingga merunsingkan pasangan, akhirnya berlaku perceraian.
  • Keperluan duniawi seperti wang yang tidak cukup untuk memuaskan hati pasangan masing-masing. Sedangkan kos hidup semakin meningkat.
  • Campur tangan pihak ketiga sebagai penghasut, khususnya bekas kekasih atau ahli keluarga terdekat, mendorong suami isteri berpisah.
  • Terdapat juga penceraian yang berlaku kerana isteri memohon cerai disebabkan tidak mahu dimadukan.

Dalam pada itu, terdapat dakwaan bahawa fenomena jodoh singkat ini berkait rapat dengan kursus kahwin yang sudah tidak lagi relevan.

Sebaliknya, wartawan turut menyertai kursus kahwin selama dua hari itu mendapati, modul kursus memang meliputi semua aspek persediaan dalaman dan luaran serta penyelesaian konflik selepas berkahwin.

Namun, apa yang membimbangkan adalah sikap peserta kursus yang bakal menjadi suami isteri, menganggap mudah kursus tersebut dan hadir semata-mata untuk mendapatkan sijil.

Di petik dari Utusan Malaysia

———————————————————————————————————

Isu semasa: Wali-Peranan dan isu berkaitan

PERKAHWINAN adalah amanah Allah S.W.T yang dilaksanakan demi menambah zuriat di muka bumi ini. Bagi menyempurnakan amanah Allah itu, lima rukun ditetapkan dan wajib dipatuhi iaitu calon suami, calon isteri, wali, dua orang saksi dan sighah ijab kabul.
Jika kekurangan satu daripada rukun itu, perkahwinan tidak sah. Antara isu penting yang sering timbul dan menjadi bahan perbualan dalam masyarakat kita ialah bidang kuasa wali.

Terdapat kes seperti kahwin lari, akad nikah dua kali, kahwin paksa, bapa tidak membenarkan anaknya berkahwin dengan pemuda pilihan, bapa angkat bertindak sebagai wali kepada anak angkatnya dan sebagainya apabila semuanya berkisar mengenai kuasa wali.

Persoalan yang timbul ialah apakah bidang kuasa wali yang sebenarnya untuk menyempurna dan memuliakan amanah Allah itu.

Antara dalil yang menunjukkan amat mustahaknya wali ialah Firman Allah:
“Dan janganlah kamu kahwinkan perempuan kamu dengan lelaki musyrik (kafir) hingga mereka beriman”. ( Al-Baqarah : 222)

Daripada hadith Nabi saw:

“Daripada Abi Musa r.a. Rasulullah s.a.w bersabda: “Tidak ada nikah melainkan dengan adanya wali”. (Riwayat Al-Khamsah dan An-Nasa’i)

Hakim Mahkmah Tinggi Syariah Pahang, Datuk Abdul Rahman Yunus, ketika berceramah di Seminar Wali dan Perundangan anjuran Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) di Kuantan baru-baru ini, mengulas isu wali dalam Islam.

Kira-kira 400 peserta menghadiri ceramah itu.

Beliau berkata, dalam konteks perkahwinan Islam, ia tidak boleh diteruskan tanpa wali manakala status wali dengan bakal pengantin perempuan sangat penting.

Beliau berkata, antara syarat sah wali ialah Islam, baligh (sekurang-kurangnya berusia 15 tahun), berakal, lelaki (perempuan tidak sah menjadi wali) dan merdeka.

Jika pengantin perempuan itu tidak mempunyai wali, ia akan dinikahkan menggunakan wali hakim. Rasulullah s.a.w bersabda:

“Maka sultanlah yang menjadi wali bagi sesiapa yang tidak mempunyai wali”. (Riwayat At-Tirmizi dan Abu Daud)

Beliau berkata, jika bapa kandung masih ada dan menepati syarat sah nikah, perkahwinan boleh dilangsungkan tanpa masalah.

“Bagaimanapun, jika bapa kandung meninggal dunia, hak wali berpindah kepada datuk sebelah bapa atau moyangnya jika ada.

“Namun, ada umat Islam kurang memahami kedudukan wali, memilih abang kandung atau bapa saudara menjadi wali selepas bapa kandung meninggal dunia.

“Inilah yang perlu diperbetulkan kerana isu ini amat penting kerana ia membabitkan generasi masa depan dan bagi mereka yang kurang arif mengenai isu ini, rebutlah peluang dengan menghadiri seminar ini untuk mendapat maklumat tepat berkenaan wali ini,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jaip, Datuk Abdul Manan Abdul Rahman meminta pasangan yang ingin berkahwin jangan mengambil mudah soal wali kerana bimbang ikatan perkahwinan menjadi tidak sah.

Beliau berkata, jika perkahwinan tidak sah, seumur hidup pasangan itu bergelumang dengan dosa.

Sebagai contoh, katanya, jika bapa meninggal dunia dan anak perempuannya akan melangsungkan perkahwinan hak wali secara automatik berpindah kepada datuk lelakinya dan perkara ini yang kurang diberi pendedahan.

“Kebiasaannya kita hanya tahu wali itu digantikan dengan saudara kandung lelaki atau bapa saudara, tetapi ramai yang tidak tahu atau tidak mengambil berat isu hukum ini.

“Selepas datuk, jika moyang lelaki mereka masih hidup dan waras serta mencukupi syarat sebagai wali, dia lebih berhak dan bukan adik-beradik,’ katanya.

Beliau berkata, jika menggunakan wali dalam kalangan bapa saudara atau adik-beradik lelaki sedangkan datuk kepada bakal pengantin perempuan masih hidup, perkahwinan itu tidak sah di segi hukum syarak.

“Bakal pengantin perlu merujuk kepada pejabat kadi untuk menentukan kedudukan sebenar dan keputusan mengenai status perkahwinan mereka ditentukan mahkamah.

“Mahkamah Syariah berhak membubarkan perkahwinan itu dan pasangan terbabit akan dinikahkan semua mengikut peraturan yang ditetapkan hukum syarak,” katanya.

Imam Masjid Cherating, Mustafa Yusoff, 61, menyambut baik usaha Jaip mengadakan seminar mengenai wali bagi memberi kefahaman kepada umat Islam hak wali dalam perundangan Islam berkaitan perkahwinan.

“Kita tidak mahu ada kekeliruan timbul berhubung isu wali ini pada masa depan kerana ia akan menjejaskan sesebuah institusi perkahwinan,” katanya.

———————————————————————————————————

Isu semasa: Perkahwinan bukan seperti mi segera

KUALA LUMPUR: “Perkahwinan bukan seperti mi segera, cepat dimasak dan boleh dinikmati serta-merta,” kata pakar motivasi dan kaunseling, Dr Rubiah K Hamzah berhubung penderitaan ditanggung Alina akibat didera suami.

Menurutnya, perkahwinan adalah satu ibadat dan tuntutan agama untuk tempoh panjang, bukan didorong hawa nafsu bagi menghalalkan seks semata-mata.
“Lihat apa berlaku pada Alina dan pasangannya. Pada saya, perkahwinan mereka terlalu terburu-buru. Mereka memilih jalan singkat berkahwin di Songkhla dan kini timbul dua masalah, si suami tidak bertanggungjawab manakala si isteri menderita didera.

“Dalam hal ini, mangsa tidak boleh menyalahkan sesiapa melainkan diri sendiri. Sebab itu saya katakan perkahwinan ini satu ibadat, jika bukan niat kerana Allah, hancurlah rumah tangga itu nanti,” katanya ketika dihubungi.
Dr Rubiah berkata, masyarakat perlu sedar dan belajar daripada perkahwinan yang hanya didorong hawa nafsu, lebih-lebih lagi kes begini semakin membimbangkan.
“Saban hari, pelbagai masalah membabitkan rumah tangga terlalu mudah ditatap di media dan akhbar. Bagaikan satu trend yang tiada kesudahannya.

“Pihak berkuasa perlu memikirkan satu formula untuk menangani masalah ini supaya tidak melarat dan menjadi barah dalam masyarakat,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PPGSM), Musa Awang berkata, Alina sewajarnya mengambil tindakan undang-undang akibat penderitaan ditanggungnya.

Katanya, undang-undang di negara ini lengkap dan mangsa boleh mendapatkan khidmat peguam untuk memudahkannya menangani masalah terbabit.
“Bagaimanapun, daripada segi perundangan syariah di negara ini, mahu tidak mahu mereka perlu mengesahkan perkahwinan terbabit sebelum tindakan susulan dilakukan, misalnya jika ingin menuntut perceraian.
“Apapun, mereka masih boleh merujuk masalah itu kepada polis atau pihak berkuasa tertentu berikutan tindakan suami mendera mangsa,” katanya.
Selain itu, Musa berkata, masalah dihadapi Alina dan suami tidak akan timbul jika melangsungkan perkahwinan secara sah di negara ini.

Dipetik dari Harian Metro

———————————————————————————————————

Perkahwinan oh Perkahwinan

Jangan kata manusia,haiwan dan tumbuh tumbuhan pun mempunyai keinginan untuk mencari pasangan dan menambahkan keturunan untuk meneruskan kesinambungan hidup di muka bumi Allah ini. Bezamya manusia berkahwin dengan majlis besar besaran dalam kenduri yang dihadiri oleh beribu ribu tetamu. Sebenarnya selepas perkahwinan itu yang menjadi fokus utama. ANAK

Anak adalah harta atau cahaya yang di berikan oleh Allah kepada pasangan yang berumahtangga. Tetapi kekadang, sayangnya cahaya perkahwinan ini dipandang remeh oleh individu bergelar ibu dan bapa. Ingatlah, tanggungjawab kita sebagai ibu bapa untuk menbentuk rohani dan jiwa anak ini begitu penting malah melebihi tanggungjawab dalam memberi pemakanan yang sihat dan berkhasiat kepada anak. Anak yang diberikan didikan dan pengetahuan agama dan ilmu duniawi yang mencukupi umpama seorang tentera yang sudah bersedia untuk bertempur di atas medan peperangan ini yang musuhnya adalah syaitan dan nafsu. Manakala, anak yang tidak terdidik umpama askar tempang yang lemah, bila bila masa akan dibaham oleh syaitan dan nafsunya sendiri.

Penulis:Azmal Abdul Razak 29/03/2011

Geng ‘ayat-ayat cinta’ Internet tumpas

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Lima ahli sindiket yang menyamar rakan sembang di beberapa laman sosial sebelum ‘menjerat’ mangsa dengan kata-kata cinta sejak lebih setahun lalu ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di taman perumahan elit di Kepong, di sini, pagi kelmarin.

Modus operandi sindiket terbabit yang terdiri daripada warga Nigeria, Thailand, Filipina dan warga tempatan berusia antara 20-an hingga 40-an termasuk tiga wanita itu dan seorang daripadanya baru melahirkan anak ialah melayan seberapa ramai pelayar dalam laman sosial di Internet menggunakan ayat-ayat cinta dengan tujuan memikat mangsa. Mereka akan menyamar sebagai kenalan dari luar negara.
Apabila mangsa sudah terpikat dan mabuk ‘cinta’, mereka akan memperdaya mangsa kononnya hendak menghantar barangan berharga sebagai tanda cinta.

Ketika proses penghantaran itu akan muncul pula ahli sindiket sama menghubungi mangsa dengan memaklumkan barangan yang dihantar ‘tersangkut’ di lapangan terbang dan perlu membuat bayaran tertentu jika mahu barangan berkenaan dihantar terus kepadanya.
Menurut sumber, rumah mewah yang disewa sindiket terbabit diserbu sepasukan anggota termasuk pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman kira-kira jam 11 pagi kelmarin.
Katanya, siasatan awal mendapati sindiket terbabit menjadikan rumah teres tiga tingkat itu sebagai markas utama kegiatan mereka, malah seorang wanita yang juga ahli sindiket itu masih berpantang berikutan baru melahirkan anak dua minggu lalu, namun masih melayari laman sembang bagi memerangkap mangsa terbaru.

DI PETIK DARI HARIAN METRO

————————————————————————————————————————————————-

Remaja dan jiwa istiqamah

Oleh NURUL IZZAH SIDEK
Istiqamah para remaja adalah dituntut untuk memperkasa akal budi remaja dengan ilmu yang Islami dan bermanfaat. -Gambar hiasan

ISTIQAMAH bermaksud teguh hati, dan melakukan sesuatu secara berterusan. Jiwa istiqamah berdiri atas prinsip yang teguh, akhlak yang baik, dan ada kekebalan menghadapi cabaran.

Para remaja memerlukan jiwa istiqamah yang tinggi pada masa kini bagi menghadapi pelbagai cabaran. Cabaran remaja Islam masa kini tidak memadai hanya dengan belajar ilmu fardu ain semata-mata.

Cabaran kini dan masa depan banyak yang bersifat pemikiran, intelektual, ideologi, sains dan teknologi. Sebagai remaja proses pengilmuan mestilah baik dan sempurna supaya jiwa istiqamah dapat dibina.

Membangun jiwa istiqamah di kalangan remaja memerlukan dukungan ilmu. Ilmu dalam Islam umpamanya, ibarat cahaya. Ia memimpin jalur berfikir dan arah tindakan yang baik. Ilmu-ilmu Islam tidak sekadar menghubungkan remaja dengan potensi berfikir tetapi juga mendidik remaja memahami perkara-perkara yang ghaib. Para remaja harus dibina kekuatan fikir dan juga zikir, dalam erti kata yang luas.

Berfikir secara Islamik tidak sahaja melihat seusatu itu diciptakan tetapi secara zikirnya remaja Islam perlu tahu hikmah di sebalik wujudnya sesuatu. Daripada situ fikir dan zikir berkembang.

Fikir lebih banyak memberi fokus kepada benda-benda yang tampak yang boleh dihujah dengan akal dan dirasakan oleh pancaindera. Tetapi hal-hal yang ghaib terhubung dengan keyakinan kita kepada Allah dan al-Quran menjadi sumber memberikan sedikit rahsia di sebalik kewujudan sesuatu.

Ayat-ayat al-Quran tidak sahaja bersifat harfiah atau kalimah-kalimah, tetapi maksud Ayatullah itu menghubungkan wahyu dengan kehidupan. Contohnya bila al-Quran menyebutkan autad iaitu pasak-pasak bumi terhadap gunung-ganang, ia memberi kita hikmah bahawa pada bumi itu ada titik keseimbangan yang terkait dengan gunung ganang. Hikmahnya, supaya manusia juga memiliki titik keseimbangan.

Kedua, al-Quran menyebutkan Allah menjadikan alam ini pada kadarnya. Gelombang di lautan beralun dengan hebatnya tetapi apabila sampai ke pantai ia berpatah semula. Itu berlaku berulang-ulang dan menunjukkan bahawa air laut batasannya ialah pantai.

Ia tidak melampaui daratan kecuali berlaku tsunami. Ia memberi hikmah kepada manusia bahawa apa pun perbuatan kita, kehendak kita, keinginan kita dan kemampuan kita tetap ada batasnya. Allah mengingatkan manusia supaya kita jangan melampaui batas.

Para remaja mempunyai potensi sebagai kelompok peniru dan mudah dengan unsur-unsur negatif dari sumber yang pelbagai. Ketiadaan ilmu yang memberi tunjangan kepada akal budinya telah menyebabkan para remaja mudah cair dengan pengaruh di luar dirinya dan mudah mengagumi dengan hal-hal yang bersifat popular. Remaja sebahagiannya memiliki sifat dan tabiat yang berubah-ubah. Ini membayangkan jiwa yang tidak istiqamah.

Jiwa istiqamah juga harus dididik dan dilatih dengan nilai-nilai agama yang membentuk watak-watak manusiawi. Watak ini penting bagi remaja kerana di tahap inilah proses pembentukan jati diri seharusnya berlaku.

Dewasa ini antara faktor yang menyebabkan remaja mudah terpengaruh dan cair dengan pengaruh popular, sama ada gaya hidup, cara berpakaian, corak hiburan, jenis lagu dan muzik, adalah gambaran sesuatu yang diambil daripada orang, bukan berasaskan budaya dan tradisi sendiri.

DIPETIK DARI UTUSAN ONLINE

—————————————————————————————————————————————————

Kes buang bayi bukan hanya babitkan budak kampung malah meluas di kalangan pelajar IPT

KETIKA media elektronik dan cetak ghairah menyiarkan isu buang bayi, Kak Ani juga seperti orang lain, cuba mencari punca permasalahan itu berlaku.

Mengapa remaja mudah terjebak hubungan terlarang sehingga sanggup menggadai maruah diri? Inilah yang Kongsi Rasa mahu kupas kali ini. Apabila persoalan ini dibahas, perkara pokok mesti berkisar kepada permasalahan moral. Remaja kini tak kuat pegangan agama, mudah digoda dan semuanya bertitik tolak kepada pergaulan bebas.
Kumpulan sasar yang terbabit dalam gejala ini bukan setakat budak kampung malah berjangkit ke pusat pengajian tinggi yang sepatutnya lebih panjang akalnya.

Sedih, simpati dan geram! Begitulah perasaannya sebaik membaca berita seorang pelajar sebuah institusi pengajian tinggi menerima hukuman denda dan penjara kerana kesalahan membuang bayinya dalam tong sampah dan ditemui dalam keadaan terbakar.

Orang kata bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi. Kalau tiada lelaki terbabit, dari mana benih itu datang dan ‘tertanam’ dalam rahim wanita?
Si lelaki mudah angkat kaki kerana tiada kesan tercalar pada diri mereka.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil, pernah melahirkan rasa kesal dengan perbuatan keji dan mengecam lelaki ‘ghaib’ yang lepas bebas selepas merosakkan maruah wanita.

Inilah yang perlu wanita beringat sebelum merelakan diri dipergunakan golongan bertopengkan nafsu binatang. Jangan fikir keseronokan sedetik saja, tetapi fikirkan bala yang bakal ditanggung hasil perbuatan terkutuk itu.

Mengapa hubungan terlarang berlaku? Bagi menjawab persoalan ini, beberapa remaja memberi pendapat punca berlaku perzinaan yang membawa kepada pembuangan bayi.

Remaja pertama, H menjadikan alasan faktor menunggu terlalu lama untuk mendirikan rumah tangga menyebabkan remaja terdorong melakukan maksiat.

Menurutnya, ada jurang pendapat mengenai masa sesuai berkahwin antara golongan muda dan tua. Katanya, adalah menjadi harapan ibu bapa supaya anak mereka menghabiskan pengajian dulu baru boleh memikirkan pasal kahwin.

“Kalau dihitung masa pengajian peringkat ijazah di universiti, lelaki dan wanita hanya layak kahwin pada usia 23 tahun. Itu belum lagi dikira mereka yang kecundang dalam peperiksaan, masa mencari kerja atau ambil pengajian peringkat sarjana atau PhD.

“Kalau faktor itu diambil kira, usia untuk berkahwin akan meningkat lagi,” katanya.

H berkata, bagi golongan tua, mereka ada alasan tersendiri tidak menggalak anak masih belajar berkahwin awal. Kos perkahwinan yang tinggi, tiada pendapatan tetap juga dijadikan alasan kukuh menghalang anak kahwin cepat.

Biasanya keluarga tak akan membenarkan anak kahwin selagi tidak mempunyai pendapatan tetap untuk sara anak isteri. Bila keadaan ini terjadi, pasangan yang kurang pengetahuan agama, memilih jalan keluar dengan membuat hubungan tanpa ikatan perkahwinan sah.

Berikutan pengaruh dari luar, ada anak muda bersekedudukan dan menganggap ikatan perkahwinan tidak lagi penting.

Remaja kedua Z berpendapat, naluri manusia untuk hidup berpasangan memang sesuatu yang normal. “Apabila ada usaha melewatkan perkahwinan sedangkan nafsu gagal dibendung, ia secara tidak langsung akan membuka ruang perzinaan terutama dalam keadaan muda-mudi bebas bergaul sekarang.

 

Credit to: Harian Metro

 

Search Keywords: Kursus Kahwin,Kursus Perkahwinan, Kursus Kahwin KL,Kursus Kahwin Wangsa Maju,Kursus Perkahwinan Kuala Lumpur dan Kursus Perkahwinan Wangsa Walk dan Kursus Kahwin anjuran JAWI dan JAKIM.Kahwin la cepat,Kahwin Muda,Kursus Kahwin nombor satu di Kuala Lumpur.Cinta love hate kursus kahwin Cinta love hate kursus kahwin Cinta love hate kursus kahwin Cinta love hate kursus kahwin Cinta love hate kursus kahwin.calon PAS pru 13/calon DAP pru 13/calon PKR pru13

Isu Semasa Alam Perkahwinan dan Pendidikan anak2

HUKUM BATAL WUDUK BERSENTUHAN SUAMI DENGAN ISTERI. SAYA keliru dengan sesetengah pendapat bahawa wuduk akan terbatal apabila wujudnya sentuhan di antara suami isteri, adakah ia benar? MYRA Petaling Jaya Ada beberapa pandangan berbeza mengenai hukum batal atau tidak wuduk jika suami isteri bersentuhan. Perbezaan pandangan ini berdasarkan tafsiran perkataan Arab ‘sentuh-lamastum’ bermakna sentuhan kulit atau …

View page »