Kursus Kahwin Astana Mukmin, Best ,Terbaik & Tumpuan Pasangan Islam di Kuala Lumpur & Selangor.
KENAPA RAMAI WARGA KUALA LUMPUR MEMILIH KURSUS KAHWIN ASTANA KERANA..
1) SELESA,SELESA & SELESA.
2) Kursus Kahwin ada Setiap Minggu (Sabtu & Ahad)
4) Daftar Mudah, WhatsApp sahaja. Tak perlu datang pejabat untuk booking
5) Lokasi mudah
6) Jamuan Makanan istimewa yang menyelerakan disediakan (3 kali pada 2 hari)
7) PARKING PERCUMA
8) Tandas Bersih level hotel.
9) Sijil dari JAWI Silibus MBKPI JAKIM. Confirm sijil kursus kahwin diiktiraf seluruh Malaysia.
10) Pengalaman lebih 15 tahun.
11) Ceramah informatif & sangat ceria.Peserta pasti terasa nak kursus lagi
12) YURAN KURSUS HANYA RM120 nett ( Alatulis, Gerbang Perkahwinan, 3 X makan, Sijil Kursus & Yuran ceramah)
PERMIT KURSUS YANG SAH & DIIKTIRAF . KURSUS TANPA RAGU RAGU
Encik Azmal Abdul Razak. Pengasas & Pemilik Astana Mukmin.
Kursus Kahwin Astana Mukmin Masjid Al-Ghufran TTDI – Lokasi Strategik KL & Selangor.
Kursus Kahwin Astana Mukmin di Masjid Al-Ghufran TTDI menawarkan lokasi yang strategik untuk bakal pengantin dari Kuala Lumpur dan Selangor. Terletak di Pinggiran Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Kuala Lumpur, lokasinya berhampiran sempadan Kuala Lumpur dan Selangor serta mudah dicapai dari pelbagai arah.
Peserta dari Petaling Jaya, Damansara,Subang, Puncak Alam, Elmina, Bandar Utama, Sungai Buloh, Rawang, Kuang, Gombak, Selayang dan Ampang boleh menuju ke TTDI melalui rangkaian highway & jalan utama. Dari arah utara pula, peserta dari Sungai Buaya, Serendah, Antara Gapi, Bukit Beruntung, Bukit Sentosa dan Batang Kali turut boleh memilih kursus kahwin di TTDI.
Jadi bagi mereka yang mencari kursus kahwin KL, kursus kahwin TTDI atau kursus kahwin dekat Selangor, lokasi Masjid Al-Ghufran merupakan pilihan yang praktikal.
Kursus Kahwin Astana Mukmin – Masjid Al-Ghufran TTDI sudah lama menjadi pilihan bakal pengantin dari KL, Petaling Jaya, Damansara, Gombak, Selangor, Hulu Selangor dan kawasan sekitar Lembah Klang dari awal tahun 2010.
BERDEKATAN ONE UTAMA
KURSUS KAHWIN ASTANA
KURSUS KAHWIN PILIHAN RAMAI
KURSUS KAHWIN YANG SELESA
CERIA SEPANJANG KURSUS BERSAMA USTAZ YANG BERPENGALAMAN, BEST..

Pengalaman lebih 15 tahun pengelolaan. Modul Kursus MBKPI JAKIM yang terbukti dari tahun 1994. Penceramah berkaliber dari Unit Keluarga Jabatan Agama JAWI.
Untuk penyertaan pasangan dari Kuala Lumpur & Selangor 2025
Atau daftar terus kursus kahwin secara Online di portal SPPIM JAKIM.
KURSUS KAHWIN MASJID ALGHUFRAN TTDI
TARIKH KURSUS DAFTAR SEBELUM PENUH
OKT 2026
3&4 OKTOBER 2026 [OPEN]
10&11 OKTOBER 2026 [OPEN]
17&18 OKTOBER 2026 [OPEN]
24&25 OKTOBER 2026 [OPEN]
30 OKTOBER & 1NOV 2026 [OPEN]
NOVEMBER 2026
7&8 NOV 2026 [OPEN]
14&15 NOV 2026 [OPEN]
21&22 NOV 2026 [OPEN]
28&29 NOV 2026 [OPEN]
DISEMBER 2026
1) 5&6HB [OPEN]
2) 12&13HB [OPEN
3) 19&20HB [OPEN
4) 26&27HB [OPEN
PERTANYAAN & TEMPAHAN BOLEH DIBUAT :
1) Tekan icon Whatapps En.Azmal 0192235067 di panel kanan website berikan nama, tarikh & tempat kursus berminat (TTDI)
2) ATAU BOOKING PANTAS di Google Form kami disini. Kami menjamin amalan Perlindungan Data Peribadi.Daftar Online DISINI
#kursuskahwintamantun #kursuskahwinttdi #kursuskahwinalghufran
10 FAQ Kursus Praperkahwinan & Sijil Kursus di JAWI
1. Adakah kursus kahwin wajib untuk pasangan Islam di Malaysia?
? Ya, wajib. Kursus pra-perkahwinan adalah syarat utama sebelum pendaftaran perkahwinan di Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) atau Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
2. Berapa lama tempoh kursus kahwin dijalankan?
? Biasanya kursus dijalankan selama 2 hari (13 jam), sama ada hujung minggu Sabtu & Ahad atau mengikut jadual penganjur bertauliah.
3. Berapa harga yuran kursus kahwin bawah JAWI Kuala Lumpur?
? Harga kursus RM120 seorang termasuk modul, sijil & makanan disediakan.
4. Adakah sijil kursus kahwin sah di seluruh Malaysia?
? Ya. Sijil kursus kahwin adalah sah seluruh Malaysia, tanpa mengira negeri tempat anda hadiri kursus.
5. Adakah sijil kursus kahwin mempunyai tarikh luput?
? Sijil kursus kahwin tiada tarikh luput. Anda boleh gunakannya walaupun bertahun tahun tahun selepas menghadiri kursus.
6. Bagaimana cara daftar kursus kahwin?
? Ada dua cara:
Online – melalui laman web rasmi Jabatan Agama Islam negeri atau penganjur bertauliah.
Walk-in – daftar terus dengan penganjur kursus yang diiktiraf.
7. Apa syarat untuk menyertai kursus kahwin?
? Antara syarat umum:
Beragama Islam
Berumur 18 tahun ke atas (atau dapat kebenaran ibu bapa jika bawah umur)
Membawa salinan IC/MyKad/MyPR/Passport
Membawa bayaran yuran kursus
8. Apa modul yang akan dipelajari dalam kursus kahwin?
? Modul merangkumi 9 tajuk utama, antaranya:
Aqidah & ibadah asas
Akhlak & adab rumah tangga
Komunikasi suami isteri
Kesihatan & seksualiti
Pengurusan kewangan keluarga
Undang-undang keluarga Islam di Malaysia
9. Bagaimana jika hilang sijil kursus kahwin di JAWI?
? Jika hilang, anda perlu buat permohonan salinan sijil di Bahagian Perkahwinan di JAWI. Berikan nama syarikat Penganjur Kursus dan kemukakan Kad Pengenalan. Caj RM10 dikenakan.
10) Siapa yang tidak diwajibkan mengikuti kursus praperkahwinan di JAWI.
a) Lelaki yang berumur 45 tahun ke atas tidak diwajibkan mengikuti kursus.
b) Perempuan yang berumur 40 tahun ke atas dikecualikan daripada wajib menghadiri kursus.
c) Individu yang telah berkahwin sebelum ini tidak diwajibkan menghadiri kursus praperkahwinan. (Janda & Duda)
d) Golongan OKU juga diberikan pengecualian untuk mengikuti kursus.
e) Adakah warganegara asing dikecualikan?
Ya, warganegara asing juga dikecualikan daripada wajib menghadiri kursus praperkahwinan di Wilayah Persekutuan. Tetapi kalau mereka faham Bahasa Melayu, sangat sangat digalakkan hadir. Kalau nak kursus pra perkahwinan dalam bahasa Inggeris pun ada di ABIM.
* Apakah pengecualian ini konsisten di seluruh Malaysia?
Pengecualian seperti ini memang wujud di JAWI (Wilayah Persekutuan). Namun setiap negeri mempunyai polisi sendiri. Contohnya, di Selangor, had umur dan kategori pengecualian mungkin berbeza. Ini bergantung kepada pihak Jabatan Agama Negeri (JAIN) setempat.




















