skip to Main Content

HUKUM BATAL WUDUK BERSENTUHAN SUAMI DENGAN ISTERI.

SAYA keliru dengan sesetengah pendapat bahawa wuduk akan terbatal apabila wujudnya sentuhan di antara suami isteri, adakah ia benar?

MYRA
Petaling Jaya

Ada beberapa pandangan berbeza mengenai hukum batal atau tidak wuduk jika suami isteri bersentuhan. Perbezaan pandangan ini berdasarkan tafsiran perkataan Arab ‘sentuh-lamastum’ bermakna sentuhan kulit atau sentuhan bernafsu. Mengikut pendapat mazhab Syafie, hukum wuduk suami isteri adalah terbatal.

Komen Penulis; Elok jika kita berminat untuk menggunakan pendapat dari Mazhab lain hendaklah kita tahu apa sebab pendapat itu berbeza dan boleh mengikut pendapat tu jika tahu nas nas yang berkaitan. Wallahualam.
Pendapat menyatakan wuduk suami isteri tidak terbatal adalah mengikut pendapat mazhab lain. Dalam hal ini, orang awam dinasihatkan mengikut pendapat yang difahami berasaskan dalil dan hujah, bukan sekadar ikutan.
Untuk mengikuti mazhab lain, sila rujuk buku dan kitab fekah menjelaskan keempat- empat mazhab Ahli Sunnah.

Anak Yang Cergas dan ligat, Alhamdulillah @ Astaghfirullah

Kerap kali kita dengar rintihan ibu bapa yang mempunyai anak yang dikategorikan sebagai ligat dan cergas lantaran keletihan menjaga mereka. Tetapi sebenarnya mereka sepatutnya mengucapkan kesyukuran bukannya rintihan kerana anak mereka sebenarnya sihat dan mempunyai akal yang cerdas. Dari pemerhatian penulis, sifat agresif yang ada pada kanak kanak semestinya di uruskan ke arah yang lebih positif. Kanak kanak ini sebenarnya mempunyai tenaga yang berlebihan dan tugas ibu bapa hanyalah memastikan anak ini diberi kegiatan dan aktiviti yang cukup supaya kadar tenaga itu berkurangan. Ini disebabkan, selepas aktiviti yang mencukupi itu barulah anak ini akan menjadi tenang disebabkan keletihan dan juga hormon serotonin yang dilepaskan akibat gerakan otot-otot semasa beriadah tadi. Anak ini juga harus diajarkan bagaimana harus bertenang dan menenangkan diri. Ibun bapa juga disarankan membaca doa seperti “Rabbana Habblana Min Azwajina wa Zurriatina Qurrata a’yun wa ja a’llna lil muttaqeena Imama” . Ya Allah Jadi Anak2. Isteri2 kami menyejuk mata kami, dan jadikan mereka orang bertakwa dan pemimpin2.

“Bersyukurlah nescaya KAMI tambah nikmat kamu, dan JIKA kamu kufur nescaya azab kami adalah pedih”

Penulis adalah bekas Pengurus Bahagian Strategi & Pembangunan Perniagaan TM Global dan Graduan UIA.

SIRI2 CERAMAH PERIHAL SUAMI DAN ISTERI DARI USTAZ AZHAR IDRUS DAN USTAZ KAZIM ELIAS

1)Sebaik2 harta adalah isteri yang solehah-Ustaz Azhar Idrus

Komen Moderator: Isteri yang solehah akan memberikan ketenangan dan ketenteraman dan 2 perkara ini adalah faktor penting jika kita ingin suasana yang bahagia dalam rumahtangga. Walau macam mana teruk pun dugaan yang menimpa, isteri yang solehah umpama kemudi kapal yang sentiasa mantap dan kukuh dalam memastikan bahawa kapal akan selamat dalam pelayaran di dunia ini. Ye Kapten kapal semestinya Suami yang solehah. Waallhualam

http://www.youtube.com/watch?v=VRpIOxdBmRk

2)Isteri Mempunyai Hak menuntut Gaji atas Kerja Rumahnya-Ustaz Azhar Idrus

http://www.youtube.com/watch?v=hWy_QXCfXPU&feature=related

3)Bakal Suami pakai rantai macam berok-Ustaz Azhar Idrus

http://www.youtube.com/watch?v=yj0XF-kEm3A

4)Ustaz Kazim-Bagusnya Isteri Sombong,Buroknya suami sombong

http://www.youtube.com/watch?v=p-nv-qc8Oq8

5)ustaz azhar idrus – sifat cemburu utk lelaki

http://www.youtube.com/watch?v=q0YfEh7ntzE&feature=related

6)Ustaz Azhar 2010 – Pandai Layan Isteri

http://www.youtube.com/watch?v=C84swlL40Ik&feature=related

7)Ustaz Azhar Idrus mengenai isteri Bengkeng

http://www.youtube.com/watch?v=atZ0qmAvB7s

8)Kepentingan Menguruskan emosi Suami dan Isteri

ALAM rumah tangga ibarat belayar di samudera, dalam tempoh perjalanan yang belum pasti itu, tentu menghadapi pelbagai pancaroba dan ujian.

Ibarat gigi dan lidah, suami isteri tidak dapat lari daripada berselisih faham namun dalam sesetengah kes, ia berpanjangan dan memberi impak kepada rumah tangga.

Mulanya, mungkin masalah rumah tangga membabitkan soal remeh-temeh tetapi apabila bercampur aduk dengan emosi dan ego, ada yang gagal mengharungi ujian sepanjang perjalanan itu.

Justeru, apabila persengketaan tidak dapat diselesaikan, kebanyakan pasangan memilih jalan ‘cerai’.Apakah cerai penyelesai masalah rumah tangga atau jalan terakhir?

Walaupun Islam membenarkan manusia melafazkan perkataan cerai tetapi Allah amat benci kepada mereka yang bercerai-berai.

Pakar motivasi, Ahmad Shukri Yusof, berkata dalam kehidupan rumah tangga, perselisihan dan persengketaan memang lumrah.

Beliau berkata, ia proses semula jadi bagi membolehkan pasangan saling mengenali.

Ia mungkin mengambil masa setahun, dua tahun atau sehingga satu tempoh yang agak panjang mungkin belasan atau puluhan tahun.

“Cuma perkara yang perlu difahami ialah bagaimana hendak menguruskan emosi kerana hadis nabi ada menyebut, `jangan marah, jangan marah, jangan marah’, yang diulang sehingga tiga kali, supaya masing-masing mengawal emosi,” katanya.

Statistik menunjukkan perkahwinan di Malaysia dalam tujuh tahun kebelakangan ini semakin meningkat.

Bagi tahun lalu, daripada 129,545 perkahwinan di seluruh negara kecuali Sabah dan Sarawak, kes perceraian juga agak tinggi iaitu 20,131 kes.

Perceraian itu berlaku disebabkan pelbagai faktor, antaranya arus modenisasi yang menghakis nilai tradisional, mendahulukan material daripada menyelamatkan perkahwinan, tahap pendidikan dan pendedahan yang diperoleh membuatkan suami isteri terlalu objektif dalam menangani masalah.

Keretakan rumah tangga boleh berlaku apabila pasangan terbabit terlalu mementingkan kewangan sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka, timbul rasa kecewa terhadap pasangan disebabkan gagal berbincang sebelum berkahwin, tiada kemahiran komunikasi, campur tangan pihak ketiga dan masalah sampingan seperti dadah.

Ahmad Shukri yang juga Perunding Motivasi Fitrah Power Resources berkata, perceraian bukan perkara yang boleh dianggap remeh sebaliknya ia adalah jalan terakhir kepada sesebuah rumah tangga.

rumahtangga-pompuan.jpg“Sebelum memikirkan dan melafazkan cerai banyak lagi kaedah lain yang boleh difikirkan, seperti perbincangan di antara pasangan suami isteri secara baik tanpa membabitkan pihak lain, jika tidak dapat diselesaikan baru dilantik wakil dari pihak ketiga untuk mencari penyelesaian.

“Jika tidak dapat diselesaikan juga walaupun dengan pelbagai kaedah, barulah difikirkan jalan terakhir itu,” katanya.

Satu hadis diriwayat Abu Daud dan al-Hakim, maksudnya: “Perkara halal yang paling dibenci Allah ialah talak.”

Perkahwinan bukanlah semata-mata satu ikatan yang menghalalkan perhubungan di antara dua jantina lelaki dan perempuan, tetapi kesinambungan institusi kekeluargaan.

Perkahwinan adalah suatu ikatan perkongsian hidup yang perlu kepada semangat kebersamaan, saling menghormati dan rasa penuh tanggungjawab, yang perlu dipertahankan dalam apa juga keadaan.

“Bergaullah dengan mereka secara baik dan mungkin kamu benci kepada isteri-isteri kamu. Mungkin kamu benci kepada sesuatu sedangkan Allah menjadikan padanya kebaikan yang baik.” (an-Nisa’:19)

Menurut Ahmad Shukri, sesetengah masalah tidak boleh dipendam tetapi perlu diluahkan bagi mengelak masalah lebih besar.

“Dalam rumah tangga, perlu ada konsep sabar dan muhasabah. Jika sewaktu bujang kita seorang pemarah, cepat melenting dan panas baran, apabila beristeri atau bersuami ubahlah sikap itu perlahan-lahan,” katanya.

Beliau mendapati banyak pasangan yang tidak tahu matlamat rumah tangga sehingga apabila bergaduh kecil pun mengungkapkan cerai.

“Justeru, perkahwinan memerlukan kepada beberapa unsur iaitu sakinah (ketenangan), mawaddah (kasih sayang) dan rahmat (kasihan belas).

“Ketiga-tiganya perlu digaul bagi menjadi makanan pasangan suami isteri sepanjang hidup bersama,” katanya.

Menurutnya, anak muda sekarang hanya tahu bercinta dan berkahwin, tetapi apabila memperoleh cahaya mata menjadi buntu seolah-olah anak menjadi beban.

“Anak memang satu beban tetapi ia juga amanah yang besar.

“Orang kita sesetengahnya apabila ada masalah mulalah jadi tidak menentu dan gelabah tetapi sedar atau tidak masalah yang dihadapi itu sendiri yang mematangkan diri,” katanya.

(Artikel ini dipetik daripada website Fitrahpower yg memetik dari myMetro, kolum ad-Din – bertarikh 21 Mac 2008)

Suami patut hargai pengorbanan isteri

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Golongan isteri yang menyedari bibit perubahan negatif sikap baran pasangan hingga mula rasa tidak selamat perlu mengambil langkah awal dengan mendapatkan nasihat ahli keluarga sebelum membuat aduan kepada mahkamah bagi mengelak menjadi mangsa dera ‘suami Firaun’.

Pakar motivasi dan penceramah terkenal, Zawawi Yusof berkata, wanita perlu tahu hak mereka serta mendapatkannya melalui rujukan ke mahkamah supaya nasib mereka terbela dan tidak terus-terusan menjadi mangsa dera suami yang tidak berperikemanusiaan.
Beliau berkata, di sebalik kes yang dipaparkan di dada akhbar, masih ramai suami di negara ini yang mendera isteri masing-masing walaupun tanggungjawab sebenar mereka menjaga isteri dengan baik.

“Tugas sebenar suami menyelamatkan isteri masing-masing dan menjaganya bukan menganiaya isteri hingga memperlakukan pasangan dengan kejam.
“Sepatutnya suami perlu bersyukur jika isteri menjaga makan minum mereka kerana tugas itu tidak wajib untuk dilaksanakan isteri, tetapi ia dilakukan sebagai pengorbanan isteri berkhidmat kepada suaminya.
“Dalam Islam, suami yang mampu perlu menyediakan pembantu untuk memasak dan sebagainya tetapi jika tidak mampu, maka isteri boleh berkorban dengan melakukannya untuk suami dan suami sepatutnya menghargainya,” katanya.

Dipetik dari Harian Metro

Doa2 Harian;

Doa utk mohon keselamatan dlm segala urusan (Mengadakan kenduri kahwin,bermusafir, bekerja dll): Ya Allah segala puji bagimu, yang dengan izin Mu berlaku segala kebaikan (Hadis Sahih)

Doa jika ditimpa kesusahan (Masalah tempat kerja, suami isteri dll): Ya Allah berilah ganjaran dari ujian ini dan kurniakanlah yang lebih baik dari ini. (Hadis sahih)

Pelik hal orang beriman ini, jika diberi nikmat dia akan bersyukur dan jika diberi ujian dia bersabar. (Hadis Sahih). Komen:dalam kedua2 keadaan, sentiasa baik baginya.

Dipetik dari Siri Kuliyyah Tafsir IKIM Ustaz Zahazan Mohamed

Petua Rumah Tangga Bahagia

Oleh: Ustaz Asmungi Sidek

1- Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.

2- Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.

3- Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri.

4- Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada di rumah bersama-samanya.

5- Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.

6- Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga.

7- Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.

8-Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak.

9- Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk).

10- Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumah tangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat.

11- Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri.

12- Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar, seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung.

13- Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.

14- Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah.

15- Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.

16- Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian.

17- Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.

18- Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga.

19- Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.

20- Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka.

21- Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian.

22- Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga – merapatkan hubungan dan kemesraan.

23- Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya.

Dipetik dari http://intim.wordpress.com/2007/08/22/petua-rumahtangga-bahagia/

Ciri Lelaki pilihan untuk dijadikan suami

iri-Ciri Suami yang Baik dari Sudut Islam

Memetik kertas kerja Dasar Pembentukan Rumahtangga serta Adat-adat Yang Bercanggah tulisan Kadi Kuala Selangor, Haji Asmungi Mohd Sidek, “Sebagai seorang gadis apabila mula memikirkan alam dewasa dan ingin menggantungkan nasib dirinya kepada lelaki melalui rumahtangga, hendaklah membuat pemilihan teliti, seeloknya pilihlah lelaki;

1. Yang berkemampuan sebagaimana hadis Nabi Riwayat Ahmad Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah yang bermaksud:

“Wahai permuda-pemuda; barang siapa diantara kamu bernikah, maka hendaklah ia bernikah, yang demikian itu amat menundukkan pandangan dan amat memelihara kehormatan, tetapi barang siapa yang tidak mampu, maka hendaklah berpuasa kerana puasa itu menahan nafsu.” Mampu yang dimaksudkan, berupaya menyediakan tempat tinggal, saraan hidup yang biasa mengikut suasana sekarang, serta pakaian untuk menutup aurat. Perkara-perkara ini wajib dilaksanakan suami dan kegagalan menyempurnakannya boleh mendatangkan kesan buruk dan mudah berlaku perceraian.

2. Boleh dijadikan sebagai ganti ayah bonda. Sanggup melindungi wanita daripada segala bahaya dan kecelakaan yang menimpa kerana apabila seorang wanita rela dinikahi, bererti ia rela melepaskan dirinya daripada ayah bonda yang selama ini menjadi tempat pergantungan hidup. Kini berpindah kepada lelaki yang bakal menjadi suaminya.

3. Pandai menjaga darjat diri; apabila bercakap dikota dan diamalkan. Selain daripada itu suami yang baik akan sentiasa mengajak isteri ke arah kebaikan, menjauhkan yang mungkar dan mendahului perbuatan itu.

4. Berkebolehan didalam urusan rumahtangga. Kebolehan memasak, menjahit juga membasuh akan membantu kerana lelaki yang biasa membuat kerja begini, tidak akan membebankan isterinya membuat kerja rumah sekiranya isteri tiada kemampuan.

5. Mempunyai penuh kepercayaan kepada perempuan dan tidak mudah bersangka buruk. Biasanya apabila suami bertugas mencari nafkah maka isteri akan menjaga segala amanah harta dan anak di rumah. Sekiranya suami tidak mempunyai kepercayaan kepada isteri, ini bererti suami akan sentiasa menyangka buruk.

6. Rajin, berpemikiran luas dan tidak memakan harta perempuan. Lelaki begini adalah ciri-ciri lelaki yang tidak pemalas, inginkan kemajuan serta tidak mengharapkan titik peluh isteri. Allah sangat tidak menyukai manusia yang hanya bertawakal dan menyerah diri tanpa usaha sedangkan kejayaan dicapai melalui usaha.

7. Mudah memaafkan. Sifat ini adalah sebahagian daripada sifat terpuji Rasullah ketika menegakkan agama Islam. Oleh itu suami bertanggungjawab sepenuhnya kepada isteri dan anak.

8. Datang daripada keturunan orang yang baik-baik lagi rajin beribadah. Seelok-eloknya, mempunyai akhlak dan budi bahasa mulia, berpegangan agama lagi rajin beribadah dan tidak berpenyakit keturunan seperti gila atau penyakit merbahaya yang boleh membawa kepada kesengsaraan hidup.

Dipetik daripada http://www.wanitakini.org/forums/index.php?showtopic=1118

Dalam konteks ini, wanita sebenarnya tidak mempunyai banyak pilihan jika Ibu bapa yang mencarikan jodoh untuk wanita itu. Tetapi jika wanita itu dalam keadaan yang dia sendiri boleh memilih bakal suaminya, maka bolehlah jika memilih calon yang memiliki sifat2 seperti berikut:

a) Beragama. Sentiasa menjaga tanggungjawabnya sebagai seorang islam dan dalam perhubungan itu sendiri dia menjaga dari membuat maksiat terhadap pasangannya seperti berpegangan tangan dan membuat perkara yang tidak senonoh.

b) Mempunyai akhlak yang baik. Bercakap jujur dan menghormati orang lain.

c) Mempunyai status ekonomi yang bagus sekurangnya mempunyai pekerjaan atau rajin bekerja sendiri.

d) Tidak panas baran.

Diatas adalah pendapat peribadi blogger dari personal observation dan self opinion.

Ciri Wanita pilihan untuk dijadikan isteri

“Janganlah kamu kahwini wanita kerana kecantikan mereka,kerana kemungkinan kecantikan itu akan menghancurkan mereka sendiri.Dan janganlah kamu kahwini kerana harta mereka,kerana mungkin harta itu menyebabkan mereka derhaka.Tetapi kahwinilah mereka atas dasar agama.Sesungguhnya hamba yang berkulit hitam,tetapi beragama adalah lebih baik”-(riwayat Ibnu Majah).

Jelas hadis diatas menyarankan kita supaya memilih calon isteri dari kalangan wanita wanita solehah. Ada juga dari kalangan wanita2 pilihan ini nampak dari luarnya seperti muslimah dan berlatarbelakangkan pendidikan agama tetapi bukan terdiri dari wanita solehah dalam kes2 terpencil. Jadi sebelum memilih,check dahulu “target” anda walaupun nampak luarannya sudah ok. Tanya sahabat2 dan orang disekeliling mereka untuk memastikan anda tidak menyesal di kemudian hari.

Tetapi setiap pilihan tu tidak selalunya dapat disandarkan dengan maklumat yang cukup. Dalam banyak keadaan, petunjuk dari Allah sahaja yang boleh kita pinta supaya pilihan kita buat itu adalah tepat. Caranya, banyakkan doa ini” Ya Allah, berikan daku Ilham dan jauhkan aku dari kejahatan diri aku sendiri” dan bersembahyang istikarah.

Isu suami suka memaki dan mencarut

Lelaki disyaratkan lindungi wanita, hindari kekerasan. Dalam institusi perkahwinan, lelaki ialah ketua keluarga sesuai dengan fitrah kejadiannya yang lebih gagah dan beberapa kelebihan lain berbanding wanita. Tanggungjawab lelaki sebagai ketua (pemimpin) kepada perempuan ditegaskan oleh Allah melalui firman-Nya bermaksud:
“Lelaki ialah pemimpin bagi perempuan oleh kerana Allah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan), dan kerana lelaki selepas menafkahkan sebahagian daripada harta mereka.” (Surah an-Nisa, ayat 34)

Islam mensyaratkan lelaki sentiasa menjadi pelindung dan berbuat baik terhadap wanita. Sebagai pemimpin, lelaki dipertanggungjawabkan menjaga keselamatan, kebajikan dan menyediakan keperluan hidup untuk isteri dan anak mereka. Islam melarang sama sekali kekerasan dalam rumah tangga. Rasulullah memberi ingatan dengan sabda bermaksud:

“Mengapa ada lelaki di kalangan kamu yang suka memukul isterinya seperti memukul seorang hamba, padahal dia akan menyetubuhi isterinya itu pada hari lain.” (Hadis riwayat Ahmad).
Isteri mempunyai hak untuk mendapat layanan sebaik-baiknya. Pada suatu ketika, ramai isteri datang menemui isteri Rasulullah mengadu mengenai layanan buruk yang diterima daripada suami mereka. Apabila Rasulullah mengetahuinya, baginda pun bersabda maksudnya:
“Sesungguhnya ramai wanita datang menemui isteriku mengadu mengenai suami mereka. Sesungguhnya suami kepada wanita itu bukanlah orang yang terbaik daripada kalangan kamu.” (Hadis riwayat Abu Daud).
Rasulullah memberi contoh bagaimana menjadi seorang suami yang baik. Rasulullah sering menolong isterinya melakukan kerja di rumah yang baginda dapat melakukan sendiri seperti menjahit baju yang koyak, memasak, membersihkan laman dan kerja lain. Sifat ringan tangan suami membantu isteri melakukan kerja rumah bukan semata-mata meringankan tugas isteri, tetapi menimbulkan rasa hormat isteri. Isteri berasakan dirinya lebih disayangi dan dihormati.

Amalan melakukan kerja rumah secara bersama dapat membentuk kerjasama, persefahaman, keceriaan dan menghargai apa yang dilakukan bersama-sama. Suami yang sama-sama membersihkan rumah tentu tidak akan melakukan perbuatan yang menyebabkan keadaan menjadi kotor. Bagaimanapun, ramai suami yang secara sengaja mengotorkan kawasan rumah dengan habuk dan puntung rokok yang dibuang merata-rata dan kemudian menyuruh si isteri pula membersihkannya.
Melakukan kebaikan kepada isteri adalah sebahagian tanda muslim sejati. Suami yang baik sedar bahawa dirinya menanggung amanah besar dalam soal menjaga kepentingan isteri. Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
“Orang yang baik antara kamu adalah orang paling berlaku baik terhadap isterinya dan akulah orang paling baik terhadap isteri dari kalangan kamu.” (Hadis riwayat at-Tirmizi).
Sikap baik sebenarnya bukan terhad kepada isteri. Semua orang berhak dilayan dengan baik, terutama ahli keluarga dan sesiapa yang diamanahkan kepada kita menjaganya. Orang gaji dan sesiapa yang tinggal bersama kita perlu dilayan dengan sebaik-baiknya. Sikap baik Rasulullah terhadap isteri diakui oleh isteri baginda, Siti Aisyah. Diriwayatkan oleh Bukhari bahawa Aisyah pernah berkata:
“Rasulullah tidak pernah sekalipun memukul isteri dan pembantunya.”
Menjaga dan berbuat baik terhadap isteri juga dilakukan dengan cara menyediakan apa yang suami mampu untuk dirinya, maka itulah juga seharusnya untuk isteri. Adalah menjadi hak isteri mendapat pemberian yang mampu disediakan oleh suaminya. Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
“Tanggungjawab suami terhadap isterinya adalah apabila kamu makan, hendaklah kamu beri makanan untuk isterimu. Apabila kamu memakai pakaian, kamu berikan pakaian untuk isterimu. Jangan kamu pukul isterimu pada bahagian muka. Jangan kamu keluarkan perkataan yang jahat di hadapannya iaitu perkataan yang menyakiti hati dan dibenci. Jangan kamu tinggalkan isterimu seorang diri kecuali dalam rumah.” (Hadis riwayat Abu Daud)
Islam menggesa si suami agar berurusan dan bermuamalah bersama isteri dengan adab yang baik, memandangkan pertimbangan akal kaum wanita dianggap kurang berbanding kaum lelaki. Allah befirman di dalam al-quran:
“Gauli mereka dengan adab yang baik.” (An-Nisa’: ayat 19)

Ini merangkumi tutur kata yang lunak, bersikap adil bersama isteri sekiranya si suami berpoligami, memberi nafkah, bermesyuarat dengan isteri dalam urusan rumahtangga, menutup kelemahan isteri dan lain-lain lagi. Mengelak daripada mengatakan perkara buruk terhadap isteri adalah sebahagian sikap baik yang perlu diamalkan oleh suami. Ada suami yang sering dan gemar mengeluarkan perkataan tidak enak terhadap isteri disebabkan sesuatu perkara tidak disenangi. Perkataan buruk yang dikeluarkan terhadap isteri juga satu penderaan iaitu penderaan mental. Isteri yang selalu diherdik, dihina dan dimarahi akan menghadapi tekanan perasaan dan mudah timbul perasaan takut untuk berdamping dengan suami. Sesiapa yang suka mengamalkan sikap bengis dan suka menakut-nakutkan isteri dengan perkataan kasar akan terlepas daripada rahmat Allah dan menanggung kerugian di dunia dan akhirat.

Sesungguhnya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam adalah teladan yang paling baik. Meskipun baginda membolehkan memukul isteri setelah nasihat dan memulaukannya di tempat tidur tidak berkesan, namun baginda tidak pernah memukul isterinya. Islam mengharuskan suami memukul isteri dengan pukulan ringan yang tidak menyakitkan walaupun ke atas bayi, sekadar amaran agar si isteri tidak mengulangi kesilapannya. Islam telah menetapkan garis panduan yang cermat berkaitan keharusan memukul, agar tidak mendatangkan mudharat lain yang tidak diundang, seperti menegah memukul bahagian muka serta jangan memukul dengan pukulan yang mencederakan. Pukulan ini juga dibenarkan setelah isteri dipisahkan tempat tidur dan masih belum bersedia untuk mengubah tabiat buruknya.

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam juga pernah menyatakan di dalam hadis baginda, agar kita berlemah lembut melayani wanita dan jangan mengasari mereka. Sabda baginda:
“Wahai Anjasyah, perlahan sedikit memacu unta kerana yang menunggang sekarang adalah bekas kaca (wanita yang sifatnya lembut).”
Demikianlah Rasulullah mengumpamakan kelembutan wanita. Sekiranya si suami tidak bijaksana, nescaya banyak kecelakaan yang tidak diduga akan menimpa, bahkan sampai tahap runtuhnya rumah tangga.

Rasulullah sentiasa menjaga perasaan para isteri baginda dan pandai menambat hati mereka dengan bergurau senda dan bermesra. Rasulullah menggesa para suami agar bijak menyesuaikan diri,ketika berada di samping isteri. Rasulullah bersifat keanak-anakan ketika berada di samping isteri baginda, meskipun baginda seorang pahlawan yang handal di medan jihad.
Sememangnya wanita suka dimanjai dan dibelai. Rasulullah menghendaki para suami agar pandai meletakkan taraf dirinya sedarjat dengan isteri, untuk mengelakkan rasa canggung dan janggal ketika bersama isteri. Pernah diriwayatkan dalam sunan Abu Daud dan Al-Nasa’ie, Rasulullah berlumba lari dengan isteri baginda Saidatina Aisyah. Meskipun Rasulullah pesuruh Allah yang sibuk dengan urusan menyebarkan dakwah dan berjuang di medan jihad, namun baginda masih ada kelapangan untuk bermesra bersama isteri baginda dan ini bukanlah suatu yang menyalahi etika. Rasulullah bersabda di dalam riwayat Tarmizi dan Muslim:
“Mukmin yang paling sempurna ialah yang paling baik akhlaknya dan paling berlemah lembut bersama isterinya.”

Islam menggambarkan mukmin yang paling sempurna ialah mereka bijaksana melayani isteri dan berbudi pekerti mulia. Satu contoh petunjuk Rasul yang menggambarkan baginda beradab sopan bersama isteri baginda ialah hadis yang diriwayat oleh Ibn Abi Dunya, Saidatina Aisyah memberitahu bahawa:
“Segala urusan dan perlakuan Baginda amat menakjubkan, sehingga ketika baginda bersama isterinya pada suatu malam dan telah bersentuhan kulit, baginda meminta izin dari isterinya Aisyah untuk beribadat menemui Tuhannya.”
Demikianlah adab Rasul bersama isteri baginda, meminta izin untuk meninggalkannya meskipun untuk bertemu Tuhan.

Dipetik dari laman web Halaqah.http://halaqah.net/v10/index.php?topic=12580.msg237847;topicseen#new

Asas dalam mendidik anak2 dalam Islam dan solusinya yang diringkas dari buku tarbiyatul aulad dari Abdullah Nasih Ulwan)

Dalam menangani anak2 kecil yang melakukan kesalahan, ibu bapa harus menimbang2 akan perkara perkara berikut:

1) Memang sifat kanak2 itu akan sentiasa melakukan kesalahan disebabkan proses pembelajaran.

2) Pendidikan kanak2 itu memang bersifat berulang2 (Tarbiyyah). Jangan jemu mendidik2 menasihat berkali2.

3) Kanak2 itu mungkin meniru kelakuan burok kita dan meniru secara tidak sengaja.

Jadi dalam mendidik anak, 3 langkah berperingkat harus diterapkan satu persatu:

1) Memberi nasihat dengan kata kata yang baik tetapi tegas. Jikalau mereka tidak ikut..

2) Boikot @ pulau anak2 itu dengan tidak bercakap dan bergaul2 dengan mereka.

3) Bolehlah dipukul anak itu dibahagian yang dibolehkan iaitu di bahagian bawah kaki dan jangan sampai terlalu kuat hingga mencederakan mereka. Haram memukul di muka mereka sebagai contoh.

Case study Cerai

1) Seorang suami mengeluarkan perkataan cerai dari mulutnya yang didengar sendiri oleh telinganya. Pada ketika itu suami hanya seorang sahaja. Tiada orang lain termasuk isterinya juga.

Hukum: Cerai/Talak sudah jatuh.

2) Seorang suami bermain main bahawa dia hendak bercadang menceraikan isterinya esok?

Hukum: Tidak jatuh talaknya walaupun pada hari esok sebab dia baru bercadang. Jika pada hari esoknya,suami mengambil keputusan untuk meneruskan perkahwinan, maka tiada masalah.

3) Seorang suami memberikan kuasa cerai kepada isterinya atas sebab2 tertentu. Lalu isterinya pun menceraikan suaminya.

Hukum: Jatuh cerai/talak keatas isteri itu sebab kuasa cerai BOLEH diberi kepada isteri atas kerelaan suami.

3 tips utk memikat Lelaki

1) Jual Mahal sikit (Lelaki ni kalau susah dapat dia akan appreciate)

2) Jaga badan supaya wangi dan bersih.

3) Jangan membebel (walaupun anda sebenarnya ringan mulut)

5 tips utk memikat wanita

1) Ambil berat dengan dirinya.

2) Mendengar cerita2nya (Walaupun boring)

3) Menyokong segala tindakannya

4) Memujinya

5) Jangan beriya-iya sangat (Menakutkan nya pulak bila kamu over..kalau suka sangat pun kena control beb)

Ok lah..tips diatas bolehlah dijadikan sedikit panduan oleh anda utk mencari pasangan/isteri…selamat mencuba…jgn salah guna tau

Cinta dan Perkahwinan: Adakah Berakhir dengan Perkahwinan: Pengajaran Dari Surah Yusof

Kisah cinta dalam surah Yusuf tidak diakhiri dengan perkahwinan. Pada akhirnya Siti Zulaikha tidak berkahwin dengan lelaki yang sangat dicintanya, Nabi Yusuf.Justeru, berdasarkan model kisah cinta Nabi Yusuf, sebuah kisah cinta yang indah adalah kisah cinta yang tidak berakhir dengan perkahwinan.

Dalam karya Hamka yang terkenal, “Di Bawah Lindungan Kaabah”, “Merantau ke Deli” dan “Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck”, percintaan hero dan heroinnya tidak berakhir dengan perkahwinan. Demikian juga dalam karya Marah Roesli, “Siti Noerbaya”.

Dalam “Romeo dan Juliet”, “Laila Majnun” dan “Uda dan Dara”, semuanya tidak berakhir dengan perkahwinan.

Ciri cinta yang berakhir dengan perkahwinan yang bahagia (and they live happily ever after…) adalah ciri sastera kanak-kanak perempuan!.

Komen penulis percintaan itu satu pengalaman menarik yg penuh dengan imiginasi manakala perkahwinan adalah sesuatu yg lebih realistik lalu kurnag seronoknya 🙂
Di petik dari website Universiti Terbuka PTS
Pendidikan Anak2 dalam Islam
Pendidikan anak dalam Islam itu bermula daripada proses memilih pasangan sebelum perkahwinan berlaku. Calon isteri untuk dikahwini hendaklah dipilih bermula dari aspek keagamaan sebagai keutamaan. Ini disebabkan kalau dipilih isteri untuk dikahwini dari kalangan wanita yang mulia dan beragama, nescaya anak daripada perkahwinan itu senang diajar kerana mewarisi kemuliaan ibunya. Begitulah sebaliknya jika memilih untuk mengahwini calon isteri dari kalangan wanita yang buruk akhlak dan tingkah lakunya. Nescaya anak dari perkahwinan itu nanti agak sukar untuk dididik. Kita ambil contoh dari cerita di zaman Khalifah Umar al Khattab berikut.

Seorang lelaki telah datang menemui Khalifah Umar al-Khattab r.a. mengadukan hal kederhakaan anaknya. Lalu Umar memanggil anak lelaki itu dan memarahinya kerana derhaka kepada bapanya serta lupa kepada hak-hak bapanya.  Anak itu menjawab: “Wahai Amirul Mukminin, tidakkah anak mempunyai hak ke atas bapanya?” Umar menjawab: “Ya.” Dia bertanya lagi: “Apakah ia wahai Amirul Mukminin?” Jawab Umar: “Memilih ibunya, memberikan nama yang baik dan mengajarnya al-Kitab (al-Quran).” Anak itu berkata: “Wahai Amirul Mukminin! Sesungguhnya bapaku tidak pernah melakukan satu pun perkara tersebut. Mengenali ibu saya, dia dahulunya seorang hamba berkulit hitam dan tuannya seorang Majusi. Saya pula dinamakan “Ju’olan” iaitu sejenis kumbang biasa berwarna hitam. Dia juga tidak pernah mengajarkan aku walau satu huruf pun dari al-Quran.  Umar lantas berkata kepada lelaki itu: “Kamu telah datang mengadukan kederhakaan anakmu, walhal kamulah yang telah menderhakainya. Kamulah yang telah berlaku buruj dan jahat sebelum dia berlaku demikian terhadapmu.”  Begitulah, Saidina Umar meletakkan kesalahan kepada si bapa, lantaran kecuaiannya dalam mendidik anaknya sendiri.

Benarlah kata-kata Pensyarah subjek Institusi Islamku mengatakan kajian dibuat sebenarnya pada zaman sekarang lebih ramai ibubapa yang menderhaka kepada anak-anak kerana didikan agama tidak diberi secukupnya kepada anak-anak dan lahirnya genarasi tidak bertamadun zaman moden yang ada pada hari ini. Jadi, didiklah anak-anak sejak dari dalam kandungan lagi. Semoga generasi pewaris kita hidup dalam jalan yang diredhai oleh yang Maha Esa.

Dipetik dari website http://ondastreet.com dan penulis sendiri..

Perkahwinan MIsyar
kenapa mereka tidak berkahwin. Bagi wanita yang berumur 18 hingga 35 tahun, hujahnya ialah banyak lelaki terlibat dengan penagihan dadah dan tidak sekufu kerana wanita lebih tinggi kedudukannya daripada lelaki. Jadi, ini masalah remaja lelaki, bukan wanita. Kenapa lelaki melepaskan tanggungjawabnya, tidak mahu meningkatkan diri sendiri? Ini menunjukkan ada kehampaan dalam diri mereka.Apakah kita patut hentikan perbahasan ini?

DR. SYED ALI TAWFIK: Ya. Kita harus berbincang isu-isu yang sebenar. Isu ini langsung tidak membantu perkembangan ummah. Bahawa dengan membangkitkannya saja, akhbar saudara sudah menyebabkan orang keliru. Ada yang mengatakan perkahwinan misyar itu boleh dijadikan jalan keluar kepada masalah ibu tunggal. Apakah masalah mereka? Kalau tidak ada pendapatan dan tidak ada kerja, kita perlu bertanya apakah yang dilakukan oleh badan-badan kebajikan Islam untuk membantu ibu-ibu tunggal?

Maksud Dr. masalah yang menjadi punca kepada cadangan itu ada jalan penyelesaian lain, dan bukan perkahwinan misyar?

DR. SYED ALI TAWFIK: Ya, itu maksud saya. Apabila kita mengatakan sesuatu itu sebagai puncanya, kita mesti membahaskannya dengan hujah yang sah dan kukuh. Mereka mungkin ada hujah yang sah tetapi tidak kukuh. Hujah yang sah tetapi tidak kukuh tidak boleh dijadikan hujah. Apa-apa saja hujah boleh menjadi hujah yang sah tetapi ia tidak semestinya kukuh.

Itu sebabnya kalau isu ini mahu dibangkitkan, kita harus bertanya apakah kita memang ada masalah sehingga memerlukan kepada penyelesaian ini? Saya pun mahu tahu berapakah jumlah wanita yang tidak berkahwin, dan adakah mereka mahu kepada perkahwinan misyar? Adakah mereka meminta ia dibenarkan? Adakah mereka mahu berkahwin dengan lelaki yang tidak perlu ada tanggungjawab, yang tidak payah membayar nafkah? Nafkah itu wajib, bukan sesuatu yang harus. Bolehkah lelaki mengelak daripada bertanggungjawab?

Dipetik dari Blog Zamri Mohamad

———————————————————–

Ikrar jauhi maksiat bersungguh-sungguh

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

BUAT dosa memang seronok. Lihatlah sendiri bagaimana riuh dan heboh dalam golongan yang mengunjungi konsert liar di tepi pantai, dataran, pusat membeli-belah dan kelab malam.

Tidak kurang juga yang melakukan maksiat di rumah sendiri iaitu dengan menonton televisyen, radio, Internet, SMS, MMS, sumbang mahram dan sebagainya.

Majlis ilmu di masjid tidak diikuti, kitab suci al-Quran tidak dibuka dan dibaca tetapi peribadi dan akhlak semakin jauh dari landasan sebenar.Beberapa bulan lalu, di Indonesia berlakunya letupan gunung berapi. Lihat saja bagaimana penduduknya bertempiaran lari kerana takut kepada lava panas yang keluar daripada Gunung Merapi.Malah, ada yang tidak sempat melarikan diri, terkorban dengan kesan yang cukup menyayat hati apabila mendapat kecederaan parah di seluruh anggota badan akibat terkena debu panas.

Panasnya lava tidak sama dengan kepanasan api neraka. Sebagaimana disebut dalam hadis panas api neraka melebihi 70 kali ganda kepanasan dan tahap bakaran api di dunia.

Bayangkan kalau Allah percikkan satu asap api neraka apalah agaknya berlaku kepada kita? Ya Allah selamatkan kami semua.

Kita semua melakukan dosa. Apalagi penulis yang sangat banyak silap dalam hidup ini, sudah banyak kali kita berjanji hendak tinggalkan dosa, sudah tidak mahu buat lagi, sudah menangis dan hendak tinggalkan dosa tetapi yang berlaku kadang-kadang hanya bertahan beberapa hari, bulan atau tahun.

Bagi mereka yang diberi sedikit kekuatan kemudian mengulangi lagi, mengulang dan mengulang, malah makin berselera selepas berpantang.

Yang jahil biasa bergurau kasar dengan kata “Aku buat dosa sebab Allah sudah takdirkan aku macam ni nak buat macam mana lagi”.

Ada pula yang berkata, “Kita buat dosa tidak apa, tetapi jangan lupa kita kena buat baik banyak-banyak nanti kebaikan akan dapat menghapus dosa kita.

Pernah berlaku pada zaman Saidina Umar, seorang lelaki mencuri dan apabila diadili dia di dapati bersalah dan dihukum potong tangan. Dia kemudian membela diri dengan berkata, “Aku buat ini (mencuri) kerana Allah yang sudah tentukan”. Kemudian Saidina Umar menyatakan hukuman kepada lelaki ini disamping potong tangan dia juga kena sebat 40 rotan, sahabat hairan kenapa ditambah hukuman terhadapnya? Umar berkata hukuman sebat 40 rotan itu di tambah kerana menyalahkan dan membuat tuduhan palsu terhadap Allah.

Sebenarnya syurga disediakan untuk mereka yang berjaya, dan orang yang berjaya ialah orang yang mampu mengalahkan nafsu dan mengatasi ujian hidup.

Dosa laksana soalan hidup yang kita kena jawab. Jawapan pula kena ikut skrip al-Quran dan hadis, manakala pemeriksa amalan di akhirat nanti ialah Allah Yang Maha Adil.

Sebagaimana firman Allah yang bermaksud: “Dialah yang telah takdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat).” (Surah Al-Mulk ayat 2)

Kalau ada yang kata, aku sudah banyak pahala tak apalah buat dosa sekali sekala, memang bohong, bohong dan bohong. Hakikatnya, Allah menciptakan benda baik itu banyak dan melebihi 24 jam sehari jika hendak melaksanakan semua.

Hatta ada manusia terpaksa mengorbankan waktu tidurnya kerana hendak melakukan lebih banyak kebaikan. Mungkin benar kita sudah buat baik dan pahala, tetapi yang patut juga kita tanya adakah kebaikan yang kita buat itu diterima Allah?

Sebab kalau sudah memang kebaikan yang kita buat tentu hati kita sudah terisi dengan makruf dan kalau hati sudah terisi dengan kebaikan bagaimana pula mungkar boleh masuk?

Tulisan ini bukan mahu menuduh sesiapa, tetapi mahu mengajak kita sama-sama bermuhasabah berkenaan waktu terluang dan peluang yang sangat banyak untuk kita lakukan ketaatan.

Benarlah firman Allah yang bermaksud: “Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.” (Surah
Al-‘Asr ayat 1-3).

Ada banyak cara untuk kita hindari dosa dan maksiat di kesempatan terbatas ini marilah kita berprinsip, bermati-matian untuk menjauhi dosa.

Selama ini kita banyak bermain-main dalam menjauhi dosa dan maksiat, banyak main dalam beribadat dan taat kepada perintah Allah. Bermati-matianlah dalam bersolat, bermati-matian dalam berdakwah, bermati-matian dalam berzikir dan bermati matian dalam mencari cinta Allah serta mengamalkan sunnah Rasul.

Dipetik dari Harian Metro.

Isu semasa: Curang: Facebook, SMS, jahil agama punca penceraian

KUALA LUMPUR 26 Dis. – Entah di mana silapnya, perceraian kini telah menjadi trend atau lumrah dalam perkahwinan di negara ini khususnya di kalangan pasangan Islam.

Bayangkan pada 2009 sahaja, secara purata setiap hari terdapat 75 pasangan Islam bercerai manakala keseluruhannya, 27,116 pasangan bercerai pada tahun berkenaan.

Siasatan Unit Khas Utusan Malaysia baru-baru ini mengenal pasti beberapa punca perceraian dengan sebahagiannya bercerai pada usia awal perkahwinan termasuk kurang daripada setahun. Antaranya adalah:

  • Kecurangan salah seorang daripada pasangan atau kedua-duanya menerusi Internet atau alam siber. Menggunakan laman sosial seperti Facebook untuk mengembalikan semula hubungan dengan kekasih lama atau bermain kayu tiga dengan ‘kekasih gelap’.
  • Masalah rumah tangga diluahkan secara terbuka menerusi Internet atau laman-laman sosial menyebabkan ia menjadi lebih parah. Masing- masing mencari rakan-rakan dalam talian untuk memberi nasihat, bukannya kepada saluran yang betul.
  • Telefon bimbit juga punca perceraian. Ia berlaku apabila salah seorang mendapat tahu pasangannya berhubung dengan lelaki atau perempuan lain sama ada melalui panggilan atau khidmat pesanan ringkas (SMS).
  • Pasangan cuai dalam hubungan dengan Allah atau jahil tentang agama. Ada suami atau isteri yang malas untuk menunaikan solat lima waktu hingga merunsingkan pasangan, akhirnya berlaku perceraian.
  • Keperluan duniawi seperti wang yang tidak cukup untuk memuaskan hati pasangan masing-masing. Sedangkan kos hidup semakin meningkat.
  • Campur tangan pihak ketiga sebagai penghasut, khususnya bekas kekasih atau ahli keluarga terdekat, mendorong suami isteri berpisah.
  • Terdapat juga penceraian yang berlaku kerana isteri memohon cerai disebabkan tidak mahu dimadukan.

Dalam pada itu, terdapat dakwaan bahawa fenomena jodoh singkat ini berkait rapat dengan kursus kahwin yang sudah tidak lagi relevan.

Sebaliknya, wartawan turut menyertai kursus kahwin selama dua hari itu mendapati, modul kursus memang meliputi semua aspek persediaan dalaman dan luaran serta penyelesaian konflik selepas berkahwin.

Namun, apa yang membimbangkan adalah sikap peserta kursus yang bakal menjadi suami isteri, menganggap mudah kursus tersebut dan hadir semata-mata untuk mendapatkan sijil.

Di petik dari Utusan Malaysia

———————————————————————————————————

Isu semasa: Wali-Peranan dan isu berkaitan

PERKAHWINAN adalah amanah Allah S.W.T yang dilaksanakan demi menambah zuriat di muka bumi ini. Bagi menyempurnakan amanah Allah itu, lima rukun ditetapkan dan wajib dipatuhi iaitu calon suami, calon isteri, wali, dua orang saksi dan sighah ijab kabul.
Jika kekurangan satu daripada rukun itu, perkahwinan tidak sah. Antara isu penting yang sering timbul dan menjadi bahan perbualan dalam masyarakat kita ialah bidang kuasa wali.

Terdapat kes seperti kahwin lari, akad nikah dua kali, kahwin paksa, bapa tidak membenarkan anaknya berkahwin dengan pemuda pilihan, bapa angkat bertindak sebagai wali kepada anak angkatnya dan sebagainya apabila semuanya berkisar mengenai kuasa wali.

Persoalan yang timbul ialah apakah bidang kuasa wali yang sebenarnya untuk menyempurna dan memuliakan amanah Allah itu.

Antara dalil yang menunjukkan amat mustahaknya wali ialah Firman Allah:
“Dan janganlah kamu kahwinkan perempuan kamu dengan lelaki musyrik (kafir) hingga mereka beriman”. ( Al-Baqarah : 222)

Daripada hadith Nabi saw:

“Daripada Abi Musa r.a. Rasulullah s.a.w bersabda: “Tidak ada nikah melainkan dengan adanya wali”. (Riwayat Al-Khamsah dan An-Nasa’i)

Hakim Mahkmah Tinggi Syariah Pahang, Datuk Abdul Rahman Yunus, ketika berceramah di Seminar Wali dan Perundangan anjuran Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) di Kuantan baru-baru ini, mengulas isu wali dalam Islam.

Kira-kira 400 peserta menghadiri ceramah itu.

Beliau berkata, dalam konteks perkahwinan Islam, ia tidak boleh diteruskan tanpa wali manakala status wali dengan bakal pengantin perempuan sangat penting.

Beliau berkata, antara syarat sah wali ialah Islam, baligh (sekurang-kurangnya berusia 15 tahun), berakal, lelaki (perempuan tidak sah menjadi wali) dan merdeka.

Jika pengantin perempuan itu tidak mempunyai wali, ia akan dinikahkan menggunakan wali hakim. Rasulullah s.a.w bersabda:

“Maka sultanlah yang menjadi wali bagi sesiapa yang tidak mempunyai wali”. (Riwayat At-Tirmizi dan Abu Daud)

Beliau berkata, jika bapa kandung masih ada dan menepati syarat sah nikah, perkahwinan boleh dilangsungkan tanpa masalah.

“Bagaimanapun, jika bapa kandung meninggal dunia, hak wali berpindah kepada datuk sebelah bapa atau moyangnya jika ada.

“Namun, ada umat Islam kurang memahami kedudukan wali, memilih abang kandung atau bapa saudara menjadi wali selepas bapa kandung meninggal dunia.

“Inilah yang perlu diperbetulkan kerana isu ini amat penting kerana ia membabitkan generasi masa depan dan bagi mereka yang kurang arif mengenai isu ini, rebutlah peluang dengan menghadiri seminar ini untuk mendapat maklumat tepat berkenaan wali ini,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jaip, Datuk Abdul Manan Abdul Rahman meminta pasangan yang ingin berkahwin jangan mengambil mudah soal wali kerana bimbang ikatan perkahwinan menjadi tidak sah.

Beliau berkata, jika perkahwinan tidak sah, seumur hidup pasangan itu bergelumang dengan dosa.

Sebagai contoh, katanya, jika bapa meninggal dunia dan anak perempuannya akan melangsungkan perkahwinan hak wali secara automatik berpindah kepada datuk lelakinya dan perkara ini yang kurang diberi pendedahan.

“Kebiasaannya kita hanya tahu wali itu digantikan dengan saudara kandung lelaki atau bapa saudara, tetapi ramai yang tidak tahu atau tidak mengambil berat isu hukum ini.

“Selepas datuk, jika moyang lelaki mereka masih hidup dan waras serta mencukupi syarat sebagai wali, dia lebih berhak dan bukan adik-beradik,’ katanya.

Beliau berkata, jika menggunakan wali dalam kalangan bapa saudara atau adik-beradik lelaki sedangkan datuk kepada bakal pengantin perempuan masih hidup, perkahwinan itu tidak sah di segi hukum syarak.

“Bakal pengantin perlu merujuk kepada pejabat kadi untuk menentukan kedudukan sebenar dan keputusan mengenai status perkahwinan mereka ditentukan mahkamah.

“Mahkamah Syariah berhak membubarkan perkahwinan itu dan pasangan terbabit akan dinikahkan semua mengikut peraturan yang ditetapkan hukum syarak,” katanya.

Imam Masjid Cherating, Mustafa Yusoff, 61, menyambut baik usaha Jaip mengadakan seminar mengenai wali bagi memberi kefahaman kepada umat Islam hak wali dalam perundangan Islam berkaitan perkahwinan.

“Kita tidak mahu ada kekeliruan timbul berhubung isu wali ini pada masa depan kerana ia akan menjejaskan sesebuah institusi perkahwinan,” katanya.

———————————————————————————————————

Isu semasa: Perkahwinan bukan seperti mi segera

KUALA LUMPUR: “Perkahwinan bukan seperti mi segera, cepat dimasak dan boleh dinikmati serta-merta,” kata pakar motivasi dan kaunseling, Dr Rubiah K Hamzah berhubung penderitaan ditanggung Alina akibat didera suami.

Menurutnya, perkahwinan adalah satu ibadat dan tuntutan agama untuk tempoh panjang, bukan didorong hawa nafsu bagi menghalalkan seks semata-mata.
“Lihat apa berlaku pada Alina dan pasangannya. Pada saya, perkahwinan mereka terlalu terburu-buru. Mereka memilih jalan singkat berkahwin di Songkhla dan kini timbul dua masalah, si suami tidak bertanggungjawab manakala si isteri menderita didera.

“Dalam hal ini, mangsa tidak boleh menyalahkan sesiapa melainkan diri sendiri. Sebab itu saya katakan perkahwinan ini satu ibadat, jika bukan niat kerana Allah, hancurlah rumah tangga itu nanti,” katanya ketika dihubungi.
Dr Rubiah berkata, masyarakat perlu sedar dan belajar daripada perkahwinan yang hanya didorong hawa nafsu, lebih-lebih lagi kes begini semakin membimbangkan.
“Saban hari, pelbagai masalah membabitkan rumah tangga terlalu mudah ditatap di media dan akhbar. Bagaikan satu trend yang tiada kesudahannya.

“Pihak berkuasa perlu memikirkan satu formula untuk menangani masalah ini supaya tidak melarat dan menjadi barah dalam masyarakat,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PPGSM), Musa Awang berkata, Alina sewajarnya mengambil tindakan undang-undang akibat penderitaan ditanggungnya.

Katanya, undang-undang di negara ini lengkap dan mangsa boleh mendapatkan khidmat peguam untuk memudahkannya menangani masalah terbabit.
“Bagaimanapun, daripada segi perundangan syariah di negara ini, mahu tidak mahu mereka perlu mengesahkan perkahwinan terbabit sebelum tindakan susulan dilakukan, misalnya jika ingin menuntut perceraian.
“Apapun, mereka masih boleh merujuk masalah itu kepada polis atau pihak berkuasa tertentu berikutan tindakan suami mendera mangsa,” katanya.
Selain itu, Musa berkata, masalah dihadapi Alina dan suami tidak akan timbul jika melangsungkan perkahwinan secara sah di negara ini.

Dipetik dari Harian Metro

———————————————————————————————————

Geng ‘ayat-ayat cinta’ Internet tumpas

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Lima ahli sindiket yang menyamar rakan sembang di beberapa laman sosial sebelum ‘menjerat’ mangsa dengan kata-kata cinta sejak lebih setahun lalu ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di taman perumahan elit di Kepong, di sini, pagi kelmarin.

Modus operandi sindiket terbabit yang terdiri daripada warga Nigeria, Thailand, Filipina dan warga tempatan berusia antara 20-an hingga 40-an termasuk tiga wanita itu dan seorang daripadanya baru melahirkan anak ialah melayan seberapa ramai pelayar dalam laman sosial di Internet menggunakan ayat-ayat cinta dengan tujuan memikat mangsa. Mereka akan menyamar sebagai kenalan dari luar negara.
Apabila mangsa sudah terpikat dan mabuk ‘cinta’, mereka akan memperdaya mangsa kononnya hendak menghantar barangan berharga sebagai tanda cinta.

Ketika proses penghantaran itu akan muncul pula ahli sindiket sama menghubungi mangsa dengan memaklumkan barangan yang dihantar ‘tersangkut’ di lapangan terbang dan perlu membuat bayaran tertentu jika mahu barangan berkenaan dihantar terus kepadanya.
Menurut sumber, rumah mewah yang disewa sindiket terbabit diserbu sepasukan anggota termasuk pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman kira-kira jam 11 pagi kelmarin.
Katanya, siasatan awal mendapati sindiket terbabit menjadikan rumah teres tiga tingkat itu sebagai markas utama kegiatan mereka, malah seorang wanita yang juga ahli sindiket itu masih berpantang berikutan baru melahirkan anak dua minggu lalu, namun masih melayari laman sembang bagi memerangkap mangsa terbaru.

DI PETIK DARI HARIAN METRO

————————————————————————————————————————————————-

Remaja dan jiwa istiqamah

Oleh NURUL IZZAH SIDEK
Istiqamah para remaja adalah dituntut untuk memperkasa akal budi remaja dengan ilmu yang Islami dan bermanfaat. -Gambar hiasan

ISTIQAMAH bermaksud teguh hati, dan melakukan sesuatu secara berterusan. Jiwa istiqamah berdiri atas prinsip yang teguh, akhlak yang baik, dan ada kekebalan menghadapi cabaran.

Para remaja memerlukan jiwa istiqamah yang tinggi pada masa kini bagi menghadapi pelbagai cabaran. Cabaran remaja Islam masa kini tidak memadai hanya dengan belajar ilmu fardu ain semata-mata.

Cabaran kini dan masa depan banyak yang bersifat pemikiran, intelektual, ideologi, sains dan teknologi. Sebagai remaja proses pengilmuan mestilah baik dan sempurna supaya jiwa istiqamah dapat dibina.

Membangun jiwa istiqamah di kalangan remaja memerlukan dukungan ilmu. Ilmu dalam Islam umpamanya, ibarat cahaya. Ia memimpin jalur berfikir dan arah tindakan yang baik. Ilmu-ilmu Islam tidak sekadar menghubungkan remaja dengan potensi berfikir tetapi juga mendidik remaja memahami perkara-perkara yang ghaib. Para remaja harus dibina kekuatan fikir dan juga zikir, dalam erti kata yang luas.

Berfikir secara Islamik tidak sahaja melihat seusatu itu diciptakan tetapi secara zikirnya remaja Islam perlu tahu hikmah di sebalik wujudnya sesuatu. Daripada situ fikir dan zikir berkembang.

Fikir lebih banyak memberi fokus kepada benda-benda yang tampak yang boleh dihujah dengan akal dan dirasakan oleh pancaindera. Tetapi hal-hal yang ghaib terhubung dengan keyakinan kita kepada Allah dan al-Quran menjadi sumber memberikan sedikit rahsia di sebalik kewujudan sesuatu.

Ayat-ayat al-Quran tidak sahaja bersifat harfiah atau kalimah-kalimah, tetapi maksud Ayatullah itu menghubungkan wahyu dengan kehidupan. Contohnya bila al-Quran menyebutkan autad iaitu pasak-pasak bumi terhadap gunung-ganang, ia memberi kita hikmah bahawa pada bumi itu ada titik keseimbangan yang terkait dengan gunung ganang. Hikmahnya, supaya manusia juga memiliki titik keseimbangan.

Kedua, al-Quran menyebutkan Allah menjadikan alam ini pada kadarnya. Gelombang di lautan beralun dengan hebatnya tetapi apabila sampai ke pantai ia berpatah semula. Itu berlaku berulang-ulang dan menunjukkan bahawa air laut batasannya ialah pantai.

Ia tidak melampaui daratan kecuali berlaku tsunami. Ia memberi hikmah kepada manusia bahawa apa pun perbuatan kita, kehendak kita, keinginan kita dan kemampuan kita tetap ada batasnya. Allah mengingatkan manusia supaya kita jangan melampaui batas.

Para remaja mempunyai potensi sebagai kelompok peniru dan mudah dengan unsur-unsur negatif dari sumber yang pelbagai. Ketiadaan ilmu yang memberi tunjangan kepada akal budinya telah menyebabkan para remaja mudah cair dengan pengaruh di luar dirinya dan mudah mengagumi dengan hal-hal yang bersifat popular. Remaja sebahagiannya memiliki sifat dan tabiat yang berubah-ubah. Ini membayangkan jiwa yang tidak istiqamah.

Jiwa istiqamah juga harus dididik dan dilatih dengan nilai-nilai agama yang membentuk watak-watak manusiawi. Watak ini penting bagi remaja kerana di tahap inilah proses pembentukan jati diri seharusnya berlaku.

Dewasa ini antara faktor yang menyebabkan remaja mudah terpengaruh dan cair dengan pengaruh popular, sama ada gaya hidup, cara berpakaian, corak hiburan, jenis lagu dan muzik, adalah gambaran sesuatu yang diambil daripada orang, bukan berasaskan budaya dan tradisi sendiri.

DIPETIK DARI UTUSAN ONLINE

—————————————————————————————————————————————————

Kes buang bayi bukan hanya babitkan budak kampung malah meluas di kalangan pelajar IPT

KETIKA media elektronik dan cetak ghairah menyiarkan isu buang bayi, Kak Ani juga seperti orang lain, cuba mencari punca permasalahan itu berlaku.

Mengapa remaja mudah terjebak hubungan terlarang sehingga sanggup menggadai maruah diri? Inilah yang Kongsi Rasa mahu kupas kali ini. Apabila persoalan ini dibahas, perkara pokok mesti berkisar kepada permasalahan moral. Remaja kini tak kuat pegangan agama, mudah digoda dan semuanya bertitik tolak kepada pergaulan bebas.
Kumpulan sasar yang terbabit dalam gejala ini bukan setakat budak kampung malah berjangkit ke pusat pengajian tinggi yang sepatutnya lebih panjang akalnya.

Sedih, simpati dan geram! Begitulah perasaannya sebaik membaca berita seorang pelajar sebuah institusi pengajian tinggi menerima hukuman denda dan penjara kerana kesalahan membuang bayinya dalam tong sampah dan ditemui dalam keadaan terbakar.

Orang kata bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi. Kalau tiada lelaki terbabit, dari mana benih itu datang dan ‘tertanam’ dalam rahim wanita?
Si lelaki mudah angkat kaki kerana tiada kesan tercalar pada diri mereka.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil, pernah melahirkan rasa kesal dengan perbuatan keji dan mengecam lelaki ‘ghaib’ yang lepas bebas selepas merosakkan maruah wanita.

Inilah yang perlu wanita beringat sebelum merelakan diri dipergunakan golongan bertopengkan nafsu binatang. Jangan fikir keseronokan sedetik saja, tetapi fikirkan bala yang bakal ditanggung hasil perbuatan terkutuk itu.

Mengapa hubungan terlarang berlaku? Bagi menjawab persoalan ini, beberapa remaja memberi pendapat punca berlaku perzinaan yang membawa kepada pembuangan bayi.

Remaja pertama, H menjadikan alasan faktor menunggu terlalu lama untuk mendirikan rumah tangga menyebabkan remaja terdorong melakukan maksiat.

Menurutnya, ada jurang pendapat mengenai masa sesuai berkahwin antara golongan muda dan tua. Katanya, adalah menjadi harapan ibu bapa supaya anak mereka menghabiskan pengajian dulu baru boleh memikirkan pasal kahwin.

“Kalau dihitung masa pengajian peringkat ijazah di universiti, lelaki dan wanita hanya layak kahwin pada usia 23 tahun. Itu belum lagi dikira mereka yang kecundang dalam peperiksaan, masa mencari kerja atau ambil pengajian peringkat sarjana atau PhD.

“Kalau faktor itu diambil kira, usia untuk berkahwin akan meningkat lagi,” katanya.

H berkata, bagi golongan tua, mereka ada alasan tersendiri tidak menggalak anak masih belajar berkahwin awal. Kos perkahwinan yang tinggi, tiada pendapatan tetap juga dijadikan alasan kukuh menghalang anak kahwin cepat.

Biasanya keluarga tak akan membenarkan anak kahwin selagi tidak mempunyai pendapatan tetap untuk sara anak isteri. Bila keadaan ini terjadi, pasangan yang kurang pengetahuan agama, memilih jalan keluar dengan membuat hubungan tanpa ikatan perkahwinan sah.

Berikutan pengaruh dari luar, ada anak muda bersekedudukan dan menganggap ikatan perkahwinan tidak lagi penting.

Remaja kedua Z berpendapat, naluri manusia untuk hidup berpasangan memang sesuatu yang normal. “Apabila ada usaha melewatkan perkahwinan sedangkan nafsu gagal dibendung, ia secara tidak langsung akan membuka ruang perzinaan terutama dalam keadaan muda-mudi bebas bergaul sekarang.

“Pergaulan bebas dan perkembangan maklumat tanpa sempadan, membuka jalan kepada golongan muda terjerumus ke lembah maksiat kerana terpengaruh dengan budaya yang dibawa dari luar.

“Pengaruh tak baik mudah menular jika remaja itu tiada benteng pertahanan iaitu didikan agama,” katanya.

Selain itu ada pasangan terpaksa ketepi perkahwinan kerana dikekang kontrak kursus yang menggariskan syarat tidak membenarkan pelatih berkahwin sepanjang menjalani kursus. Z juga kesal dengan sikap golongan tua yang mengabaikan tanggungjawab menentukan jodoh anak.

Berdasarkan faktor itu ramai gadis terpaksa melalui kehidupan sendirian dan ada yang tidak kahwin sampai tua.

Bagi mereka yang bersikap terbuka, menggunakan keistimewaan yang ada pada diri untuk memikat lelaki tidak kira bujang ataupun suami orang. Akibat dorongan nafsu, mereka ini mudah terperangkap dalam hubungan terlarang.

Kak Ani cukup bimbang gejala buruk yang mungkin berlaku disebabkan wujudnya syarat dan halangan membina masjid.

Fenomena seks bebas berlaku di mana-mana di seluruh dunia. Beberapa kajian dilakukan di negara ini menunjukkan 27 peratus daripada remaja mengadakan hubungan seks luar nikah. Mengapa keadaan ini terjadi itulah yang hendak kita kongsi dengan pembaca.

Apakah remaja kini sudah tiada pegangan agama sehingga sanggup melakukan perkara yang jelas dosanya? Ke mana perginya sifat pemalu yang seharus ada kepada wanita?

Teringat Kak Ani kata-kata pengacara Imam Muda, Astro Oasis, Dzulkarnain Hamzah, ketika berceramah sempena Israk dan Mikraj di Masjid Amrul Ibnu Al-Ass, Bandar Baru Sentul, baru-baru ini:

“Ketika penumpang bersesak dalam bas mini suatu masa dulu, lelaki yang tak sengaja tersentuh akan ditempelak si gadis kerana mereka menghargai maruah diri. Keadaan ini berbeza dengan gadis sekarang yang secara terbuka menggoda lelaki dan menganggap sentuhan nafsu perkara biasa,” katanya.

Walaupun sudah melewati zaman remaja, Kak Ani ada anak gadis yang perlu diawasi dan diberi perhatian. Tidak kiralah anak lelaki atau perempuan, kita sebagai orang tua perlu mengambil berat kepada perkembangan mereka.

Rasanya tak salah kalau kita hidupkan balik budaya mencari jodoh untuk anak, bukan?

DIPETIK DARI BERITA HARIAN ONLINE

Soalan:

Apakah seorang suami gugur tanggungjawab memberi nafkah kepada isterinya jika isterinya itu  bekerja dan mampu menyara dirinya sendiri?

Jawapan Penulis:

Ya, wajib memberi nafkah kepada isteri dalam hal ini tetapi mengikut jumlah yang dipersetujui oleh kedua2 belah pihak.

Soalan 2:

Saya malu untuk bertanya kerana sudah dewasa dan baru belajar cara mandi wajib melalui buku panduan. Bagaimanapun, saya masih sangsi adakah cara yang saya lakukan itu betul.

Bolehkah Datuk terangkan cara mandi wajib yang betul? Apakah yang harus saya lakukan untuk mendapat keampunan Allah?

Jawapan :Allah Maha Pengampun dan Maha Pengasih. Mandi bersuci daripada hadas besar sangat penting, jika tidak suci segala amalan ibadat dilakukan tidak diterima Allah.

Cara mandi hadas ialah dengan berniat terlebih dulu mandi hadas atas seluruh tubuhnya dan kemudian mandi dengan meratakan air ke seluruh anggota tubuh. Adalah sunnah untuk orang yang mandi mulai basuh kedua-dua pergelangan tangan tiga kali, kemudian membasuh kotoran yang ada, termasuk kemaluan. Kemudian dibasuh setiap anggota wuduk sebelum mandi seluruh tubuh.

Petikan dari Datuk Dr. Mashitah Ibrahim
Harian MetroKomen dari editor Pusat Kursus Kahwin Astana Mukmin:

Masalah masalah tentang ibadah dan thaharoh adalah perkara asas kepada setiap orang islam. Yang menyedihkan apabila selepas melangkah ke alam perkahwinan, masih lagi ada suami dan isteri (bakal ibu dan bapa) masih tidak mendapat ilmu yang cukup dalam bab yang asas ini. Perkahwinan adalah permulaan membina keluarga dan Pusat Kursus Kahwin Astana Mukmin mendapati kekurangan ilmu asas agama ini kan berlanjutan dan memberi kesan terhadap anak anak yang terhasil dari perkahwinan dari ibu bapa ini.

Pusat Kursus Astana Mukmin amat berharap pasangan-pasangan yang ingin memasuki gerbang perkahwinan supaya bertanya kepada ustaz dan penceramah semasa menghadiri kursus kahwin ditempat kami dalam segala hal dan persoalan yang kecil sekalipun. Penceramah-penceramah di Pusat Kursus Kahwin Astana Mukmin akan sentiasa memberi perhatian akan masalah2 peserta dan insya Allah akan cuba memberi keterangan dan menyelesaikan kekusutan berkaitan.

Kursus kahwin,kursus perkahwinan,kursus kawin dan kursus kahwin adalah nama2 yang dicari di internet,kursus perkahwinan JAWI,kursus,kahwin JAIS,perkahwinan kuala lumpur,Kursus kahwin MAIK,kursus perkahwinan juga antara perkataan yang dicari dalam google.

Memang nama 2 seperti kursus kawin,kursus kahwin ,kursus perkahwinan,JAWI,kursus,kahwin,perkahwinan,kuala lumpur, menjadi bualan anak muda yang ingin berkahwin. Jadi marilah pergi Kursus kahwin @ kursus perkahwinan@kursus kawin @kursus kahwin @ kursus kahwin @ kursus perkahwinan @ di JAWI,kursus, kahwin,perkahwinan kuala lumpur di Astana Mukmin.PRU13/DAP/PAS/UMNO/KEPUTUSAN PILIHANRAYA/SEMAKAN PENGUNDI/SEMAKAN PENGUNDI/SEMAKAN DAFTAR PENGUNDI/KEPUTUSAN PRU13/CALON/SENARAI PENCALONAN/calon bn/calon pas/calon/calon/calon/calon BN PRU13/calon PAS pru 13/calon DAP pru 13/calon PKR pru13

WhatsappTelefonSMS
Search