skip to Main Content

PANDUAN RINGKAS MODUL BENAR NIKAH ONLINE (BNO)

Tujuan: Panduan ini disediakan bagi tujuan memberi penjelasan cara-cara permohonan kebenaran berkahwin online melalui Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM). Permohonan Kebenaran Berkahwin bermula dengan permohonan baru. Pemohon juga boleh membuat carian untuk mengemaskini maklumat dan melihat status permohonan.

Syarat-Syarat Permohonan:

1) Pemohon mesti membuat permohonan kebenaran berkahwin online jika : 1.1) Kedua-dua pemohon dari negeri yang menggunakan SPPIM iaitu Kuala Lumpur,Negeri Sembilan, Melaka, Perlis, Kedah dan Perak; 1.2) Salah seorang pemohon dari negeri yang menggunakan SPPIM; 1.3) Kedua-dua pemohon dari negeri yang tidak menggunakan SPPIM tetapi tempat majlis akad nikah adalah di negeri SPPIM.

2) Pemohonan BNO perlu diisi oleh salah seorang pasangan sama ada lelaki atau perempuan.

3) Pemohon perempuan boleh mendapatkan kebenaran berkahwin dari Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) selepas pemohon lelaki mendapat kebenaran berkahwin dimana status permohonan di dalam BNO adalah lulus.

4) Pastikan tarikh cadangan berkahwin tidak melebihi 90 hari dari tarikh permohonan.

5) Pemohon perlu hadir ke PAID dalam tempoh 14 hari selepas memohon online dan tidak melepasi tarikh cadangan berkahwin. Permohonan akan dihapuskan dari sistem jika pemohon gagal hadir ke PAID dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan online.

6) Pastikan pemohon menyimpan nombor rujukan BNO dan email selepas permohonan dibuat bagi tujuan semakan atau pengemaskini.

7) Pengemaskinian permohonan BNO hanya boleh dibuat selagi pemohonan tersebut belum diproses oleh PAID. Sebarang pembetulan maklumat bagi permohonan yang sedang diproses oleh PAID boleh dimaklumkan kepada pihak PAID.

8) Pastikan setiap pemohon iaitu lelaki dan perempuan membawa dokumen sokongan sebagaimana di dalam senarai semak BNO bersama dengan Borang Permohonan Kebenaran Berkahwin yang telah dicetak dan ditandatangan oleh pemohon, wali (bagi pemohon perempuan) dan Penolong Pendaftar kariah/kawasan.

9) Pastikan pemohon mengetahui kariah tempat tinggal/bermastautin.

Untuk Cara Permohonan SPPIM Terperinci ,STEP BY STEP sila layari Link di bawah ini.

http://www.sppim.gov.my/pdf/qrBNO.pdf

 

WhatsappTelefonSMS
Search