skip to Main Content

Info & Cara Booking Kursus

ASSALAMUALAIKUM…

SELAMAT DATANG.KURSUS PRA PERKAHWINAN TTDI DAMANSARA

KURSUS SECARA BESEMUKA

SABTU : 9.00 pagi – 6.00 petang
AHAD : 9.00 pagi – 2.00 petang
Kena lengkap 13jam diatas untuk mendapat sijil. Tiada ujian.

Tempat :
KURSUS PERKAHWINAN ASTANA MUKMIN
BILIK KONFEREN VIP 1, TINGKAT 2
MASJID AL GHUFRAN
PINGGIRAN TTDI DAMANSARA
KUALA LUMPUR

Landmark
MASJID AL-GHUFRAN

KEISTIMEWAAN KURSUS KAHWIN VIP

TIADA UJIAN
SIJIL SAH SEUMUR HIDUP(DIIKTIRAF JAWI)
PERCUMA 4X MAKAN / MINUM
PERCUMA FAIL, BUKU NOTA & ALAT TULIS

Masjid bertaraf A dilengkapi dengan lift untuk ke Dewan kursus
Penceramah Pakar & Sporting
dewan solat bersih dan selesa
Dewan aircond dan luas
PA Sistem yang jelas.

++++++++++++++++++++++++

PAKAIAN :
Tshirt berkolar atau kemeja dan berseluar slack
Baju kurung atau jubah dan bertudung

Yuran : RM120 seorg(termasuk makan/bahan rujukan)

*Deposit RM20 seorang hendaklah dibayar sebelum hari kursus dijalankan.Baki RM100 boleh dibayar semasa pendaftaran hari kursus*

*NO ACC :
*7631217531.(CIMB BANK)* Azmal Abdul Razak/AstanaMukmin

Sila letak 1.nama, 2.tarikh kursus.di ruangan recipient reference semasa pembayaran online

Whatsapp hantar kepada saya en Azmal 0192235067 butiran…

1) Screenshot/receipt bukti bayaran diatas.

2) Nama penuh:
No Hp:
Tarikh kursus:

Nama pasangan (Kalau ada):
No Hp:
Tarikh Kursus:

3)Pilihan tempat kursus -TTDI-

Sila kemukakan juga bukti pembayaran semasa sesi pendaftaran kursus nanti. Digalakkan print bukti pembayaran.

Sila bawa salinan IC semasa hari kursus.

Peserta akan dimasukkan dalam group whataps Kursus Kahwin TTDI atau Kursus Kahwin Setiawangsa beberapa hari sebelum hari kursus. Taklimat, langkah langkah dan info kursus dari mula sampai ke pengambilan sijil akan dibimbing oleh urusetia Puan Nik Azida atau Encik Shaqri.

Terima kasih
PENGURUSAN ASTANA MUKMIN & MAHLIGAI FIRDAUS

 

PROSEDUR PERMOHONAN PERKAHWINAN

https://youtu.be/ubCvUJI0HKs

Prosedur, Proses dan Maklumat Mengenai Permohonan Kebenaran Perkahwinan (info dari JAWI/JAKIM) Kawasan KL,

Nota: Prosedur,Proses dan Maklumat di JAWI adalah untuk kawasan Kuala Lumpur sahaja.

Tetapi maklumat ini boleh digunakan sebagai dasar/asas memahami proses perkahwinan di semua negeri di seluruh Malaysia. Jikalau ada perbezaan mungkin hanya sedikit. Semoga usaha ini akan memudahkan peserta2 dalam urusan perkahwinan mereka insyaAllah. Rujukan dari modul MBPKI JAWI.

 

A) TEMPAT MEMBUAT PERMOHONAN KEBENARAN BERKAHWIN (BORANG DIAMBIL DI PEJABAT AGAMA )(Nak kawin mesti mintak izin pihak berkuasa bro nanti apa apa masalah ada rekod)

  • MENGIKUT TEMPAT TINGGAL PEMOHON          (  SERTAKAN BUKTI SPT BIL2 AIR @ ELETRIK  )
  • MENGIKUT TEMPAT MUSTAUTIN PEMOHON
  • MENGIKUT ALAMAT YANG TERTERA DI DALAM I/C PEMOHON

 

B) 3 SITUASI  PERMOHONAN KEBENARAN BERKAHWIN

 

  1. Situasi 1
  1.  
  1. KEBENARAN BERKAHWIN DALAM KARYAH: Kebenaran Berkahwin yang dikeluarkan kepada pemohon  yang tinggal dalam satu “control” pejabat agama daerah  yang sama. ( Permohonan dibuat secara bersama).

PROSES & LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL:

1 ) Borang permohonan kebenaran kahwin boleh diperolehi dari Pejabat Agama Islam Daerah, Negeri yang berkenaan.

2) Pemohon mengemukakan borang yang telah lengkap diisi kepada Penolong Pendaftar Nikah bagi Kariah/ Jajahan/ Mukim/ Bahagian dan Daerah yang sama untuk pengesahan.(Selalunya di Masjid Berdekatan rumah)

3) Borang yang telah disahkan oleh Penolong Pendaftar beserta dengan dokumen lampiran yang berkaitan hendaklah dikemukakan secara bersama kepada Pejabat Agama Islam Daerah/ Jajahan/Mukim/ Bahagian yang sama.

Situasi 2

KEBENARAN BERKAHWIN LUAR KARYAH.Kebenaran Berkahwin yang dikeluarkan kepada pemohon yang tinggal dalam “control” pejabat agama daerah yang berlainan.       Permohonan Kebenaran Berkahwin di buat secara berasingan.

PROSES & LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL:

1) Pemohon (lelaki) dapatkan borang permohonan kebenaran

berkahwin bagi kariahnya.

2) Kemukakan borang permohonan beserta dengan dokumen yang

berkaitan kepada Penolong Pendaftar kariahnya untuk pengesahan.

3) Borang permohonan yang telah disahkan hendaklah dikemukakan

kepada Pejabat Agama Islam Daerah untuk mendapatkan

kebenaran berkahwin luar kariah.

4) Serahkan surat kebenaran berkahwin luar kariah kepada pasangan.

5) Pemohon (perempuan) dapatkan borang permohonan kebenaran berkahwin bagi kariahnya.

6) Kemukakan borang permohonan beserta dengan dokumen yang berkaitan kepada Penolong Pendaftar kariahnya untuk pengesahan.

7) Borang permohonan yang telah disahkan beserta dengan kebenaran berkahwin luar kariah bagi pihak lelaki hendaklah dikemukakan kepada Pejabat Agama Islam Daerah untuk mendapatkan kebenaran berkahwin.

8)Serahkan surat kebenaran berkahwin kepada Penolong Pendaftar Nikah untuk tujuan akad nikah.

Situasi 3

KEBENARAN BERKAHWIN LUAR NEGERI:Kebenaran Berkahwin yang dikeluarkan kepada pemohon yang tinggal dalam “control” pejabat agamanegeri  yang berlainan dari bakal isteri. ( permohonan Kebenaran Berkahwin secara berasingan.
PROSES & LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL:

1)Pemohon (lelaki) dapatkan borang permohonan kebenaran

berkahwin bagi kariah di negerinya.

2) Kemukakan borang permohonan beserta dengan dokumen yang berkaitan kepada Penolong Pendaftar kariah di negerinya untuk pengesahan.

3) Borang permohonan yang telah disahkan hendaklah dikemukakan kepada Pejabat Agama Islam Daerah di negerinya untuk mendapatkan kebenaran berkahwin luar negeri.

4) Serahkan surat kebenaran berkahwin luar negeri kepada pasangan.

5)Pemohon (perempuan) dapatkan borang permohonan kebenaran

berkahwin bagi kariah di negerinya.

6) Kemukakan borang permohonan beserta dengan dokumen yang

berkaitan kepada penolong Pendaftar Kariah di negerinya untuk

pengesahan.

7) Borang permohonan yang telah disahkan beserta dengan kebenaran

berkahwin luar negeri pihak lelaki hendaklah dikemukakan kepada

Pejabat Agama Islam Daerah di negerinya untuk mendapatkan

kebenaran berkahwin.

8) Serahkan surat kebenaran berkahwin kepada Penolong Pendaftar

Nikah kariah di tempat perempuan bermustautin untuk tujuan akad

nikah

C) MASA MEMBUAT PERMOHONAN KEBENARAN

  • PALING CEPAT : DALAM  MASA 90 HARI SEBELUM TARIKH AQAD NIKAH
  • PALING LEWAT : TIDAK LEWAT DARI 7 HARI SEBELUM TARIKH AQAD NIKAH

D)DOKUMEN YANG PERLU DILAMPIRKAN SEMASA PERMOHONAN KEBENARAN

DOKUMEN ASASI

  • Salinan I/C pemohon & I/C wali ( jika w/negara Malaysia ) @ Salinan Pasport & Surat Kebenaran Kedutaan ( jika bukan w/negara Malaysia )
  • Sijil Kursus Pra Perkahwinan & salinannya
  • Surat Akuan Bujang dari majikan @ Surat Akuan Sumpah bujang dari pesuruhjaya sumpah  ( bagi yang tiada majikan )
  • Salinan Surat Nikah Ibu dan Bapa
  • Laporan Ujian Saringan HIV

DOKUMEN TAMBAHAN (JIKA BERKAITAN SAHAJA)

  • Salinan surat mati wali ( jika wali meninggal dunia )
  • Surat/kad akuan memeluk Islam ( jika saudara baru )
  • Surat Kebenaran dari PDRM ( jika anggota polis ) @ Surat Kebenaran dari KAGAT ( jika ang.tentera )
  • Surat cerai asal@ salinan surat mati suami @ isteri  ( jika duda atau janda )
  • Surat Kebenaran  Berkahwin Luar Kariah @ Luar Negeri ( jika bakal suami tinggal berlainan  “Control” Pejabat Agama Daerah  @  lain negeri )
  • Surat sokongan dari Jabatan Imigresen Malaysia   ( jika pemohon warganegara luar yang memegang Pas Lawatan Kerja Sementara )
  • Surat pengesahan tandatangan wali jauh ( jika wali tinggal jauh dari tempat permohonan)

E) PERKAHWINAN YANG PERLU KEBENARAN MAHKAMAH

  • POLIGAMI
  • BAWAH UMUR
  • MENGGUNAKAN WALI HAKIM
  • JANDA BERHIAS

F) PERKAHWINAN YANG PERLU WALI HAKIM

  • TIADA WALI NASAB
  • WALI  IHRAM  HAJI / UMRAH
  • WALI SENGAJA ENGGAN
  • ANAK TIDAK SAH TARAF
  • SAUDARA BARU YANG TIADA WALI
  • WALI GHAIB ( HILANG )
WhatsappTelefonSMS
Search